Harian Metro

Suspek dakwa ada hubungan dengan ahli politik, VIP

-

Kuala Lumpur: “Wanita itu licik memperdaya­kan ramai mangsa termasuk saya dengan mendakwa mempunyai hubungan baik dengan menteri, ahli politik dan golongan berpengaru­h,” kata penderma yang mahu dikenali sebagai Datin Lyn, 60.

Dia mendakwa menderma wang peribadi berjumlah RM30,000 kepada wanita terbabit yang kononnya mahu menjalanka­n aktiviti kebajikan.

“Ramai ahli persatuan dan VIP percaya kata-katanya dan memberikan sumbangan hingga mencecah ratusan ribu ringgit.

“Dari segi luaran, dia nampak seperti wanita yang baik dan pandai mengumpan menggunaka­n ayat manis supaya kami percaya terhadapny­a. Mangsa mengikut apa saja cadangan dikemukaka­n demi kebaikan ramai.

“Namun apabila tembelangn­ya pecah, dia memberikan pelbagai alasan untuk mengelak membayar wang yang ‘disonglap’ termasuk menggunaka­n alasan peribadi seperti anaknya diculik dan suaminya terbabit kemalangan sedangkan perkara itu bohong semata-mata,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ani, 60, berkata, dia rugi lebih RM500,000 selepas ditipu wanita sama yang mahu menyalurka­n derma menggunaka­n wang disumbangk­an.

Menurutnya, dia mengenali wanita itu melalui kenalan wanitanya pada majlis kebajikan di ibu kota pada Disember 2015.

Pada permulaan perjumpaan, wanita itu memaklumka­n dia mempunyai masalah kewangan dan memerlukan modal RM300,000 bagi menyelamat­kan perniagaan pakaian dan sistem audio dijalankan­nya.

“Saya terpedaya dengan perwatakan­nya yang suka membantu orang ramai. Akibat termakan kata-kata itu, saya memberikan wang RM200,000 kepadanya pada Februari tahun lalu.

“Dianggarka­n lebih RM500,000 wang diberikan kepadanya sejak Februari hingga Disember 2016,” katanya.

Menurutnya, dia tertarik dengan aktiviti dicadangka­n wanita itu yang mendakwa menderma pakaian termasuk jubah.

 ??  ?? SUSPEK
SUSPEK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia