Harian Metro

Penuntut kolej mati motor bergesel MPV

-

Klang: Perjalanan seorang penuntut kolej warga Bangladesh ke daerah ini berakhir tragedi apabila maut selepas motosikal ditunggang­inya bergesel dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di persimpang­an lampu isyarat Jalan Mantin-Kapar di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, mangsa, Md Imrann, 27, yang menuntut di sebuah kolej di Puchong meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk pada anggota badan.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superinten­dan Muhammad Irwani Nooruldin berkata, siasatan awal pihaknya mendapati ketika kejadian mangsa yang menunggang Modenas Kriss menuju ke Kapar.

“Namun setibanya di persimpang­an lampu isyarat itu, motosikal mangsa bergesel dengan sebuah Proton Exora dari arah sama ketika cuba memotong kenderaan berkenaan.

“Ia kemudian mengakibat­kan mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan tercampak atas jalan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, pemandu Exora yang juga lelaki berusia 50-an tidak mengalami kecederaan dan direkodkan keterangan bagi membantu siasatan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN motosikal dan kereta selepas terbabit nahas.
KEADAAN motosikal dan kereta selepas terbabit nahas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia