Harian Metro

Lumpur meluru

- Norazimah Narudin am@hmetro.com.my

 Tembok tapak binaan belakang rumah runtuh

“Saya terkejut mendengar dentuman kuat di dapur dan selepas diperiksa mendapati tembok penghadang runtuh dengan air bercampur lumpur tiba-tiba meluru deras memasuki tingkap belakang.

“Ketika itu saya tidak ingat apa-apa kecuali menyelamat­kan anak-anak, ibu bapa dan dokumen penting,” kata Ilyas Yaacob, 31, se- orang daripada 10 penghuni rumah terjejas akibat tembok tapak binaan berkenaan runtuh di Jalan Murni, Taman Suria, di sini, Jumaat lalu.

Bapa kepada dua anak itu berkata, dalam kejadian jam 3 petang itu, dia menonton televisyen selepas pulang dari solat Jumaat manakala anaknya tidur dan berehat di dalam bilik.

Katanya, akibat kejadian itu, dia kini tinggal bersama keluargany­a di inap desa yang disediakan syarikat pembinaan terbabit berikutan keadaan rumahnya yang kotor.

“Inil kejadian terburuk pernah berlaku sejak tinggal di rumah ini 30 tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, keadaan terkawal dan pihaknya akan mengadakan perbincang­an dengan pelbagai pihak bagi menyelesai­kan masalah itu.

 ??  ?? PEKERJA pembinaan membersihk­an sisa runtuhan.
PEKERJA pembinaan membersihk­an sisa runtuhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia