Harian Metro

Dua pensyarah direman bebas

-

Dua pensyarah kanan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang direman lima hari oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dibebaskan semalam.

Pasangan suami isteri berusia 35 dan 32 tahun itu dibebaskan selepas mendapat perintah Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Mohd Anuar Ostadi, di Kompleks Mahkamah

Melaka, Ayer Keroh, di sini.

Suspek lelaki dibenarkan jaminan tunai RM3,000 dan RM47,000 tanpa cagaran manakala isterinya dengan jaminan RM2,000 dan RM8,000 tanpa cagaran, masing-masing seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan syarat tambahan bagi kedua-dua suspek iaitu melaporkan diri di pejabat

SPRM Melaka setiap bulan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Terdahulu kedua-dua suspek yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dengan tangan bergari, tiba di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh jam 10.20 pagi sebelum beredar selepas prosedur jaminan selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia