Harian Metro

Ambil keterangan wanita marah penguat kuasa

-

Serdang: Polis sudah mengambil keterangan daripada wanita yang dirakam bertekak dengan seorang penguat kuasa Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ) sambil memegang besi kunci stereng di Jalan Puteri, Bandar Puteri Puchong, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, berkata wanita berusia 40-an terbabit hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bersama suaminya, 50-an, pada jam 11 malam semalam.

Katanya, mereka hadir untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kedua-dua mereka (suami isteri) itu sudah dirakam percakapan mereka dan pihak polis kini sedang dalam proses untuk melengkapk­an siasatan kes berkenaan sebelum dirujuk kepada pejabat timbalan pendakwa raya esok (hari ini).

“Tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung kejadian itu. Suami wanita itu juga mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) yang sah iaitu kategori fizikal,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari Rabu lalu, wanita terbabit bertindak memarahi seorang anggota MPSJ selepas tayar keretanya dikunci kerana dipercayai meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan.

Kejadian menjadi tular apabila video wanita terbabit yang memarahi anggota berkenaan sambil memegang besi pengunci stering keretanya tersebar di media sosial.

 ??  ?? MEGAT Mohamad Aminuddin
MEGAT Mohamad Aminuddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia