Harian Metro

Tragedi

- Khairul Najib Asarulah Khan am@hmetro.com.my

Pasar Besar Seremban, di sini, yang menjadi lokasi tumpuan penduduk untuk mendapatka­n barang keperluan harian, musnah dalam kebakaran malam kelmarin.

Ruang perniagaan di tingkat satu yang menempatka­n 197 kedai makan, ikan, buah-buahan, pakaian dan bunga terbakar 90 peratus, dalam kejadian yang berlaku jam 7 malam itu.

Ia disifatkan sebagai tragedi terburuk pernah berlaku sepanjang 39 tahun bangunan itu beroperasi, pada 1978.

Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah kedai makan sebelum api merebak ke seluruh kawasan atas bangunan berkenaan.

Kejadian disedari orang awam yang kemudian menghubung­i bomba jam 7.36 malam dan operasi pemadaman dilakukan oleh enam jentera dengan kekuatan 40 pegawai serta anggota.

Tukang jahit, Chong Seong Sin, 72, berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas diberitahu cucu yang menghubung­inya.

“Ketika itu saya berada di rumah di Rasah. Saya bergegas ke lokasi dan melihat api sudah marak . Saya tidak dibenarkan masuk dan tidak dapat berbuat apa-apa hanya menunggu pasukan bomba memadamkan kebakaran.

“Saya sedih dan buntu

 197 kedai di Pasar besar Seremban musnah dalam kebakaran

memikirkan nasib selepas ini kerana di sini tempat saya mencari rezeki. Perniagaan ini satu-satunya punca pendapatan saya sejak mula berniaga 39 tahun lalu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Chong mengakui kerugian RM150,000 selepas kedainya yang menerima tempahan pakaian dan langsir musnah 100 peratus.

“Saya belum memberitah­u pelanggan, namun saya pasti mereka sudah mengetahui­nya. Ada pelanggan menghubung­i saya dan bersimpati,” katanya yang mengharapk­an pasar itu dapat dibaik pulih.

Peniaga barang runcit, Abdul Malik Omar Theab, 38, berkata, meskipun kedainya yang terletak di tingkat bawah tidak terbakar, ia turut terjejas apabila barang jualannya rosak akibat kebocoran paip.

“Saya tiba di pasar jam 7 pagi untuk memulakan perniagaan dan melihat sebahagian barang jualan saya rosak. Walaupun kecewa tetapi saya bersyukur kedai tidak terbakar.

“Saya turut bersimpati dengan peniaga lain yang terpaksa menanggung kerugian lebih besar berbanding saya,” katanya yang memaklumka­n pendapatan­nya merudum lebih 50 peratus kerana kekurangan pelanggan.

Katanya, kebiasaann­ya dia memperoleh jualan RM500 tetapi semalam cuma RM150.

 ??  ?? RUANG niaga bahagian atas Pasar Besar Seremban musnah dalam kebakaran.
RUANG niaga bahagian atas Pasar Besar Seremban musnah dalam kebakaran.
 ??  ?? PENIAGA terpaksa menggunaka­n lilin untuk menjalanka­n perniagaan di tingkat bawah di Pasar Besar Seremban.
PENIAGA terpaksa menggunaka­n lilin untuk menjalanka­n perniagaan di tingkat bawah di Pasar Besar Seremban.
 ?? Chong Seong Sin ?? Saya sedih dan buntu memikirkan nasib selepas ini kerana di sini tempat saya mencari rezeki. Perniagaan ini satu-satunya punca pendapatan saya sejak mula berniaga 39 tahun lalu”
Chong Seong Sin Saya sedih dan buntu memikirkan nasib selepas ini kerana di sini tempat saya mencari rezeki. Perniagaan ini satu-satunya punca pendapatan saya sejak mula berniaga 39 tahun lalu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia