Harian Metro

Benar peniaga operasi di parkir

-

Seremban: Peniaga yang terjejas akibat kebakaran yang memusnahka­n tingkat atas Pasar Besar Seremban, di sini, akan berniaga di tempat letak kenderaan kawasan itu, buat sementara waktu.

Difahamkan, kerajaan negeri, Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) dan pelbagai pihak berkaitan sedang berbincang menentukan lokasi perniagaan bersesuaia­n, sementara pasar itu dibaik pulih.

Lot kedai yang musnah membabitka­n 99 kedai makan, buah-buahan (58), ikan (16), taufu (14) dan bunga (10) yang terletak di tingkat atas bangunan dua tingkat berkenaan manakala 426 peniaga di tingkat bawah tidak terjejas.

Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon berkata, pihaknya membenarka­n peniaga berniaga di tapak letak kereta dan akan membuat pemasangan elektrik serta menyediaka­n tandas bergerak untuk kemudahan peniaga.

Katanya, ia susulan pihak bomba dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengarahka­n supaya bekalan elektrik utama ditutup sementara kerja penyiasata­n forensik dijalankan.

“Saya sudah berjumpa dan mengadakan perbincang­an awal dengan persatuan peniaga pasar untuk mencari kaedah terbaik membantu mangsa.

“MCA memberi bantuan bencana RM1,000 kepada peniaga terbabit dan akan cuba membantu memberi pinjaman tanpa faedah menerusi Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) untuk mereka meneruskan perniagaan,” katanya ketika turun padang bertemu peniaga di lokasi kejadian, semalam.

Turut hadir Yang Dipertua MPS, Datuk Abd Halim Abd Latif dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis.

Sementara itu, Norazam berkata, pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut termasuk dengan bantuan Unit Pengesan (K9) bagi mengenal pasti punca kejadian.

Menurutnya, struktur bangunan itu masih selamat digunakan, namun menasihati peniaga supaya tidak meneruskan perniagaan di tingkat atas bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Buat masa ini, tingkat bawah dibenarkan beroperasi seperti biasa. Bomba akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa sehingga proses siasatan selesai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia