Harian Metro

Pasar raya Giant beri pelanggan beg kitar semula

-

Pasar raya terkemuka Giant berusaha menanamkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa supaya tidak berterusan menggunaka­n beg plastik bagi melindungi alam sekitar menerusi kempen juta beg kepada pelanggan pusat beli-belah itu.

Pemberian 1 juta beg kitar semula pada fasa kedua dibuat ketika sambutan Hari Kebangsaan lalu membolehka­n pelanggan Giant membawa pulang barangan runcit di dalam beg yang mencermink­an warna bendera kebangsaan merah, biru dan putih.

Fasa ketiga membabitka­n 1 juta beg kitar semula menjadikan tiga juta beg diagihkan tahun ini kepada pelanggan.

Walaupun satu juta kelihatan kecil berbanding sembilan bilion beg plastik digunakan penduduk setiap tahun, Giant positif inisiatif ini mampu mengubah minda pengguna.

 ??  ?? PENGGUNAAN beg kitar semula seperti yang diberikan Giant boleh melindungi alam sekitar.
PENGGUNAAN beg kitar semula seperti yang diberikan Giant boleh melindungi alam sekitar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia