Harian Metro

Rai kejayaan tanpa ibu ayah

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

 Hanya air mata iringi pencapaian terbaik pelajar Politeknik Kuala Terengganu

Hanya linangan air mata mengiringi kejayaan penerima Anugerah Khas Ketua Jabatan pada Konvokesye­n Politeknik Kuala Terengganu (PKT) ke-16, di sini, semalam apabila kejayaan itu disambut tanpa kehadiran ibu dan ayah tersayang.

Ketika rakannya meraikan kejayaan masing-masing bersama ibu bapa, anak bongsu daripada 11 beradik, Nur Saliza Awang Besar, 25, dari Kampung Kubang Ikan, di sini, hanya ditemani abang dan kakaknya berikutan ibu bapanya dijemput Ilahi pada 2000 dan Disember tahun lalu.

Nur Saliza berkata, ibunya, Saadiah Mohamad meninggal dunia tujuh tahun lalu akibat angin ahmar manakala bapanya, Awang Besar Muhamad meninggal dunia pada Disember tahun lalu kerana penyakit gout dan komplikasi buah pinggang.

Menurut graduan Diploma Kejurutera­an Elektronik Komunikasi, dia tidak dapat menahan rasa sebak sebaik namanya diumumkan sebagai penerima anugerah tertinggi yang menjadi idaman setiap pelajar.

“Selepas kematian arwah ibu, saya tinggal bersama arwah ayah dan dia yang menemani saya ketika mendaftar di PKT pada Disember 2013.

“Saya ingatkan arwah ayah sempat menemani saya untuk majlis hari ini (semalam), tetapi Allah lebih menyayangi­nya.

“Saya juga bersyukur kerana adik-beradik sentiasa berada di sisi saya selepas kematian ibu bapa walaupun mereka mempunyai tanggungja­wab dan kehidupan masing-masing,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi pendidik.

Nur Saliza berkata, arwah ibunya meninggal dunia selepas dia selesai menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysi (SPM) menyebabka­n dia menolak tawaran menyambung pelajaran dalam bidang Teknologi Maklumat di Politeknik Perlis kerana ingin menjaga ayah.

Katanya, dia mengambil keputusan menyambung persekolah­an di tingkatan enam kerana jarak sekolah yang tidak jauh dari rumah disebabkan ingin menjaga bapanya sebelum penyakit arwah semakin teruk pada 2013.

“Ketika itu, saya melupakan hasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah kerana terpaksa menghantar dan menjaga arwah ayah di hospital memandangk­an tahap kesihatann­ya yang tidak menentu. “Saya akhirnya menyambung semula pengajian saya di KPT pada 2013 kerana arwah ayah mahu saya menyambung pelajaran demi masa depan,” katanya yang kini tinggal bersama kakaknya, Nazirah, 27.

Majlis konvokesye­n itu disempurna­kan Naib Pengerusi Eksekutif Jasa Merin (Malaysia) Sdn Bhd, Abdul Rahman Ali.

Pada majlis itu, seramai 199 orang menerima diploma masing-masing dalam Jurusan Kejurutera­an Elektronik (Komunikasi), Teknologi Maklumat (Pengaturca­raan) dan Diploma Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik.

 ??  ?? NUR Saliza menunjukka­n sijil dan plak yang diterima.
NUR Saliza menunjukka­n sijil dan plak yang diterima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia