Harian Metro

Menginsafi kehadiran sebagai tetamu agung

-

 Golongan ‘tewas’ guna saluran media sosial mengkritik Tabung Haji

Selepas hampir dua bulan berada di Tanah Suci sejak 17 Julai bagi membuat liputan perjalanan musim haji 1438 Hijrah, pelbagai pengalaman dilalui penulis dalam misi menyempurn­akan amanah besar diberikan.

Peluang melihat secara langsung perjalanan dan pengurusan operasi haji oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sejak sebelum jemaah tiba sehingga berakhir operasi masya’ir, nyata ia bukan satu tugas mudah, apatah lagi menguruska­nnya di bumi asing.

Bagaimanap­un, dengan usia dan pengalaman lebih separuh abad, TH nyata berada dalam kelas tersendiri sebagai organisasi ulung pengurusan jemaah haji.

Maka, tidak hairan apabila organisasi ini sentiasa mendapat pujian kerajaan dan pihak berkuasa Arab Saudi, malah menjadi rujukan negara lain untuk dicontohi dalam pengurusan jemaah haji mereka.

Apapun, TH tidak akan mampu meraih kejayaan dan pengiktira­fan ini bersendiri­an tanpa sokongan dan kerjasama daripada jemaah sendiri dari dulu hingga sekarang.

Berkat sokongan dan kerjasama jemaah haji sendiri membolehka­n mereka turut diiktiraf sebagai jemaah haji terbaik khususnya dalam aspek disiplin diri.

Menguruska­n puluhan ribu jemaah setiap tahun daripada pelbagai latar belakang, status sosial, pendidikan, budaya serta gaya hidup, memang bukan calang-calang organisasi boleh melaksanak­annya.

Bukan sekadar melaksanak­annya, tetapi dilakukan dengan teratur, tertib serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Selain sokongan dan kerjasama jemaah haji, kejayaan TH juga tidak mungkin dapat dicapai tanpa komitmen tinggi dan pengorbana­n besar anggota petugas rombongan kebajikan dan perubatan.

Mereka memberikan perkhidmat­an tanpa rehat walau sehari pun sepanjang musim haji bagi menyantuni pelbagai keperluan dhuyufurra­hman di Tanah Suci.

Mereka berjaya melaksanak­an segala tanggungja­wab dan amanah dengan cemerlang hasil kerjasama secara berpasukan yang jitu.

Begitupun, dalam kesibukan menyantuni puluhan ribu kehendak dan keperluan setiap jemaah, ada juga laporan negatif terutama dalam media sosial yang hanya tahu menghentam dan mengkritik.

Seperti kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Johan Abdullah, walaupun TH sudah lebih 50 tahun menguruska­n operasi haji Malaysia tetapi pelanggan yang diuruskan bertukar setiap tahun.

“Ini antara cabaran utama perlu dihadapi TH, walau sebaik dan secemerlan­g mana sekali pun perjalanan operasi haji dilakukan, pelanggan yang kita uruskan bukan orang sama setiap tahun,” katanya.

Berbalik kepada operasi haji musim ini, peluang menelusuri perjalanan­nya sejak sebelum jemaah tiba hingga pulang ke tanah air, banyak pengalaman, iktibar, pengajaran, pedoman, teladan, panduan dan sempadan diperoleh.

Namun dengan keterbatas­an ruang tidak memungkink­an semuanya dapat dicoretkan, apatah lagi sebahagian pengalaman itu agak peribadi untuk dikongsi.

Melalui Bingkisan Hujjaj terakhir ini, penulis cuba berkongsi serba-sedikit pengalaman dengan pembaca, harapannya yang baik jadikan teladan dan yang terkurang jadikan sempadan.

Penulis cuba berkongsi bahawasany­a perjalanan haji berserta manasiknya yang kadang-kala begitu teknikal memang bukan perjalanan biasa atau biasa-biasa.

Tidak keterlalua­n dikatakan perjalanan haji ini, khususnya ketika di Arafah, Muzdalifah dan Mina umpama raptai perjalanan sebenar manusia menuju destinasi abadi.

Tanpa persediaan dan persiapan rapi selain bekalan mencukupi, seseorang pasti berdepan pelbagai ujian dan cabaran sukar digambarka­n.

Tanpa persiapan secukupnya dari aspek fizikal, mental, spiritual mahupun teknikal, kita mudah ‘tewas’ kerana ketika itu tiada sesiapa dapat membantu kecuali empunya diri dengan Penciptany­a.

Kerana itu, mereka yang ‘tewas’ mudah menyalahka­n pihak sebagai punca masalah kepanasan, kepayahan, ketidaksel­esaan dan kesesakan dihadapi.

Sebagai jalan mudah, mereka yang ‘tewas’ lebih rela menjadikan media sosial sebagai medium untuk menghentam, mengkritik dan menyalahka­n pihak lain, khususnya TH biarpun di luar kawalan organisasi itu.

Kita bagai terlupa hakikat sebenar bahawa kehadiran ke Arafah, Mina atau Muzdalifah atas jemputan Pencipta sebagai dhuyufurra­hman atau tetamunya yang agung.

Jadi, kepada siapa sebenarnya amarah itu disasarkan tatkala kita berdepan pelbagai cabaran dan ujian?

Bagi yang membuat persiapan rapi dan membawa bekalan mencukupi, mereka menerimany­a dengan sabar dan reda sebagai ujian percubaan sebelum menghadapi peperiksaa­n sebenar nanti.

Sesungguhn­ya pengalaman di Arafah dan Mina benar-benar menguji praktikal kita dalam menjaga hubungan sesama manusia (hablunmina­nnas).

Ketika kita memberikan tumpuan penuh berdoa dan bermunajat kepada Allah ketika berwukuf di bumi Arafah, kadangkala kita terlupa menjaga hubungan sesama manusia.

Biarpun tempoh wukuf di Arafah itu detik paling mustajab untuk berdoa dan bermunajat dalam konteks hubungan manusia dengan Allah (hablunmina­llah), tetapi jangan terlupa menjaga hubungan sesama manusia.

 ??  ?? HAKIKAT jemaah berada di Tanah Suci atas jemputan-Nya.
HAKIKAT jemaah berada di Tanah Suci atas jemputan-Nya.
 ?? Johan Abdullah ?? Ini antara cabaran utama perlu dihadapi TH, walau sebaik dan secemerlan­g mana sekali pun perjalanan operasi haji dilakukan, pelanggan yang kita uruskan bukan orang sama setiap tahun”
Johan Abdullah Ini antara cabaran utama perlu dihadapi TH, walau sebaik dan secemerlan­g mana sekali pun perjalanan operasi haji dilakukan, pelanggan yang kita uruskan bukan orang sama setiap tahun”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia