Harian Metro

Ingatan belum pulih

-

 Pelajar alami kemalangan motosikal dalam dilema meneruskan pengajian di UIAM

“Saya masih tidak pasti boleh meneruskan pengajian atau sebaliknya. Masalah ingatan yang dialami sejak mengalami kemalangan motosikal pada 31 Januari lalu masih memberi kesan.

“Kemalangan itu menyebabka­n kepala saya terhempas di atas jalan selain kaki dan tangan kiri masih lemah,” kata Wan Nur Amira Wan Zainuddin, 20.

Dia antara 836 penuntut baru kemasukan September Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan yang menyertai program Ta’aruf dirasmikan Rektor UIAM kampus Kuantan, Prof Datuk Dr Tariq Abdul Razak, di sini, sejak Jumaat lalu.

Wan Nur Amira berkata, kecederaan kepala berlaku berikutan dia tidak memakai topi keledar ketika membonceng motosikal ditunggang bapanya, Wan Zainuddin Wan Bakar, 64, yang hanya mengalami kecederaan ringan.

Anak bongsu daripada enam beradik berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu, berkata, kemalangan itu menyebabka­n dia koma selama tiga hari berikutan kecederaan serius pada bahagian kepala sehingga memaksa doktor melakukan proses membuang darah beku.

“Selepas kemalangan saya terpaksa menjalani rawatan dan fisioterap­i di Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu, setiap minggu bagi menguatkan tangan dan kaki kiri yang lemah disebabkan masalah saraf.

“Kaki kiri saya kini tidak kuat dan tidak mampu berjalan jauh, saya juga tidak boleh menaiki tangga dan berdiri lama. Untuk meneruskan pengajian saya terpaksa berdepan pelbagai masalah,” katanya.

Menurutnya, masalah besar dihadapi kini adalah mudah hilang ingatan, sekali gus akan menjejaska­n pembelajar­an dalam bidang farmasi kerana tidak mungkin dia berjaya dalam pelajaran jika sentiasa lupa apa diajar pensyarah.

“Saya kini dalam dilema untuk membuat keputusan sama ada meneruskan pengajian di UIAM kampus Kuantan atau menangguhk­annya, impian untuk berjaya menjadi pakar farmasi suatu hari nanti begitu menebal dalam diri ini,” katanya.

Sementara itu pasangan kembar Nur Araziemah dan Nur Arafiqah Amat, 20, dari Kota Kinabalu, Sabah, berkata, mereka bersyukur impian melanjutka­n pengajian ke UIAM menjadi kenyataan walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga.

“Selain mendapat pendidikan dalam bidang pergigian, kami berpeluang mendalami ilmu agama disediakan pihak universiti, peluang terhidang ini perlu direbut sebaik mungkin demi masa depan.

“Kami berharap kejayaan dalam pendidikan dan agama berjalan serentak yang akan mencorakka­n masa depan lebih cerah,” kata bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu itu.

 ??  ?? DR Tariq Abdul Razak (kanan) berbual dengan sebahagian pelajar baru.
DR Tariq Abdul Razak (kanan) berbual dengan sebahagian pelajar baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia