Harian Metro

Tekad sambung peringkat ijazah

-

Kuala Lumpur: Usia bukan penghalang bagi seseorang menempa kejayaan cemerlang asalkan ada minat, kesungguha­n dan ketekunan terhadap tuntutan dan matlamat berkenaan.

Berpegang kepada prinsip itu, mahasiswa program pengajian separuh masa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Yusof Yahya tekad menyambung pelajaran dalam Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamata­n) biarpun sudah berusia 47 tahun.

Yusof berkata, meskipun perlu bijak membahagik­an antara waktu bekerja dan belajar, dia tidak menganggap faktor itu sebagai alasan untuk menimba ilmu.

“Saya tidak rasa ia mengganggu tugasan saya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat swasta kerana kelas diadakan pada hujung minggu.

“Peluang ini juga saya jadikan sebagai satu daripada hobi yang mana masa lapang saya sudah boleh diisi dengan menghadiri kelas dan perbincang­an bersama rakan kuliah atau pensyarah,” katanya pada majlis aluan dan pendaftara­n mahasiswa baru di Kampus UTM Kuala Lumpur, semalam.

Bapa kepada tiga anak berusia lapan hingga 17 tahun itu juga berkata, keputusan melanjutka­n pelajaran itu dibuat bagi menambah kemahiran dan ilmu baharu dalam bidang yang diceburi sesuai dengan perubahan teknologi masa kini.

“Teknologi dalam bidang sains komputer ini berubah dengan pantas. Meskipun saya mempunyai pengalaman dalam industri lebih 20 tahun, ilmu pengetahua­n saya mungkin tidak

kerana saya meninggalk­an pengajian diploma pada tahun 1991.

“Jadi, peluang ini dapat saya gunakan untuk meningkatk­an kebolehan diri dan kemahiran sedia ada daripada mereka yang pakar.

“Selain itu, saya juga boleh berkongsi pengalaman dalam industri dan bidang tugas saya ini dengan rakan kuliah sebagai ilmu tambahan buat mereka,” katanya yang ditemani isteri Siti Fauziha Azaham, 43.

Seramai 739 mahasiswa ditawarkan mengikuti 10 program Sarjana Muda separuh masa bagi pengambila­n September 2017 di pusat pembelajar­an Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh, Kota Bharu, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah Pendidikan Profesiona­l dan Pendidikan Berterusan (UTMSPACE) Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim berkata, pendidikan sepanjang hayat adalah dituntut dan menjadi pelaburan penting untuk membina kejayaan masa depan.

 ??  ?? YUSOF
MAJLIS aluan dan pendaftara­n mahasiswa baru di Kampus UTM Kuala Lumpur, semalam.
YUSOF MAJLIS aluan dan pendaftara­n mahasiswa baru di Kampus UTM Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia