Harian Metro

‘Kahwin awal kita...’

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

 17 pasangan dinikahkan dalam program bayaran RM1,000

“Mengikut perancanga­n kami akan berkahwin April tahun depan, tetapi berkahwin lebih awal apabila bersetuju menyertai Program Walimatul Urus Perdana 2017.

“Semuanya kerana kos yang dikenakan bagi menyertai program itu hanya RM1,000 dan ia tidak membebanka­n kami,” kata Muhammad Hanis Hamidon, 29, antara 17 pasangan yang dinikahkan secara beramai-ramai menerusi program anjuran UMNO Seremban itu.

Semua pasangan dinikahkan oleh empat jurunikah termasuk Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepengguna­an Negeri Sembilan Datuk Abu Ubaidah Redza.

Majlis akad nikah diadakan di Masjid Dato Klana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat, selepas solat Asar kelmarin dan diikuti majlis persanding­an di lokasi sama, semalam.

Muhammad Hanis yang juga OKU kudung tangan kiri berkata, dia mengetahui mengenai program itu selepas melihat kain rentang yang dipasang di Senawang, lalu memaklumka­n kepada tunangnya Nor Nabilla Omar, 26.

Katanya, tunangnya bersetuju untuk menyertai program itu lalu mereka segera mendaftark­an diri dan dimaklumka­n terpilih untuk menyertain­ya.

“Kami juga berbincang dengan keluarga dan mereka bersetuju kerana ia menjimatka­n kos. Pada saya, tidak perlulah berbelanja tinggi untuk berkahwin kerana apa yang penting adalah kehidupan berumah tangga selepas itu,” katanya.

Ditanya mengenai detik perkenalan, Muhammad Hanis berkata, dia dan isteri berkenalan melalui seorang rakan sebelum mereka semakin rapat dan bertunang pada April lalu.

Dia berharap program begini diteruskan kerana ia baik untuk golongan muda merancang kewangan untuk berkahwin dalam keadaan ekonomi kini.

Sementara itu, Abu Ubaidah berkata, program itu adalah kali kedua dianjurkan pihaknya selepas kali pertama membabitka­n 11 pasangan pada dua tahun lalu.

Beliau berkata, pasangan hanya perlu membayar RM1,000 untuk kos penyediaan makanan, manakala cenderahat­i serta pakaian pengantin kebanyakan­nya ditaja oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan butik pengantin.

Katanya, pihaknya mendapat kerjasama baik daripada kariah masjid dan surau sekitar Sikamat yang membuat persediaan awal dan bergotong-royong, malah perancanga­n menjayakan program ini sudah dilakukan lapan bulan lalu.

 ??  ?? 17 pasangan pengantin yang menyertai Program Walimatul Urus Perdana 2017. Gambar kecil, Muhammad Hanis dan Nor Nabilla.
17 pasangan pengantin yang menyertai Program Walimatul Urus Perdana 2017. Gambar kecil, Muhammad Hanis dan Nor Nabilla.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia