Harian Metro

Hisyamuddi­n tampil dengan rekaan terbaru

-

Kodiang: Selepas terkenal apabila menghasilk­an replika jentuai dan jentera pembajak, remaja kreatif, Hisyamuddi­n Hashim, 22, kini tampil dengan rekaan terbaru membina diograma dan treler.

Kisah bakatnya yang kreatif membina model jentera ini pernah tersiar dalam Harian Metro 10 Mei lalu.

Menariknya, model treler dihasilkan­nya mula mendapat perhatian pemilik dan pemandu lori sehingga tidak menang tangan menerima tempahan di samping replika jentera lain.

Hisyamuddi­n berkata, treler yang bercirikan jenama Man Tipper, direka seratus peratus menyerupai model asal yang lazim ditemui di jalan raya.

“Kini, saya sedang menyiapkan dua tempahan dan enam lagi sedang menunggu giliran.

“Saya menyasarka­n dapat menyiapkan tujuh jentera dalam sebulan kerana baru saja menamatkan latihan praktikal dan sepenuh masa menumpukan kepada projek ini,” katanya ditemui di rumahnya, semalam.

Pelatih Kursus Diploma Penyejukbe­kuan dan Penyamanan Udara, Pusat Latihan Teknologi Tinggi Adtec Shah Alam itu berkata, dia tidak mendapat kemahiran secara formal berkaitan membina replika tetapi berusaha demi minat.

Katanya, replika dihasilkan dibuat berkali-kali bagi mendapat hasil terbaik.

“Replika lori ini dibuat sepenuhnya menggunaka­n papan polyvinyl chloride (PVC) dan saya jual RM500, manakala jentuai, RM400 dan jentera pembajak, RM300.

“Manakala, diograma yang memaparkan jentera sedang melakukan kerja di sawah hanyalah untuk koleksi peribadi,” katanya.

 ??  ?? HISYAMUDDI­N bersama replika jentera yang dibinanya.
HISYAMUDDI­N bersama replika jentera yang dibinanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia