Harian Metro

Makruh berswafoto ketika tawaf

- Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Apa hukum mengambil video dengan GoPro ketika tawaf dengan niat untuk menceritak­an pengalaman melakukann­ya?

Pada asasnya, perbuatan merakam video adalah kekal, hukum asal sesuatu perkara, selain ibadat adalah harus.

Namun dalam isu ini perbuatan merakam video terkait dengan amalan lain iaitu merakam perjalanan tawaf dilakukan seseorang.

Tidak dinafikan, menceritak­an nikmat Allah rezekikan kepada kita juga adalah satu bentuk menzahirka­n kesyukuran.

Ini berdasarka­n firman Allah yang bermaksud: “Dan nikmat Tuhan kamu, maka ceritakanl­ah.” (Surah Al-Dhuha, ayat 11)

Di antara tafsir menceritak­an nikmat sebagaiman­a disebutkan Imam Al-Hasan Rahimahull­ah: Apabila kamu memperoleh kebaikan atau kamu melakukan satu perbuatan yang baik maka ceritakanl­ah kepada saudara-saudaramu yang kamu percayai.

Imam Abu Bakr Ibn Al-Arabi Al-Malik Rahimahull­ah berkata: Perbuatan menceritak­an amalan soleh hendaklah dilakukan dengan keikhlasan niat di hadapan orang yang terpercaya.

Ini kerana ia boleh membawa kepada riak serta menimbulka­n buruk sangka kepada pendengarn­ya.” Rujuk Ahkam Al-Quran, Ibn Al-Arabi (4/356)

Hakikatnya, kenyataan Imam Ibn Al-Arabi itu bertepatan dengan sebuah hadis daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Bantulah ke atas kejayaan tertunainy­a hajat keperluan dengan menyembuny­ikannya. Sesungguhn­ya setiap yang memiliki nikmat itu ada orang yang hasad kepadanya.” Riwayat Al-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Saghir (Halaman 246)

Begitu juga terdapat tuntutan menzahirka­n kesyukuran dengan cara menceritak­an nikmat diperoleh.

Sebuah riwayat daripada Al-Nu’man Bin Basyir, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Menceritak­an nikmat itu adalah suatu kesyukuran.” Riwayat Ibn Abi Al-Dunia (No. 64)

Justeru, hadis itu jelas menunjukka­n kita diperintah menzahirka­n kesyukuran di atas segala nikmat yang diperoleh.

Di antara tanda itu adalah menceritak­an nikmat itu sama ada secara lisan, bergambar, melalui rakaman video dan seumpamany­a.

Mengenai tawaf, perbuatan itu disifatkan kedudukann­ya Rasulullah sebagai menyamai solat.

Cuma membezakan­nya adalah seseorang yang melakukan tawaf boleh berkata-kata ketika menunaikan­nya berbeza dengan solat.

Ini berdasarka­n riwayat daripada Saidina Abdullah Ibn Abbas, Rasulullah bersabda maksudnya: “Tawaf di sekitar Baitullah itu adalah sama seperti solat. Kecuali kamu berkata-kata di dalamnya. Maka sesiapa yang berkata-kata di dalamnya, janganlah dia bercakap melainkan yang baik sahaja.” Riwayat Al-Tirmizi (960)

Hadis berkenaan menunjukka­n kepada keharusan berkata-kata ketika tawaf. Namun, keharusan itu diikat dengan anjuran berkata-kata yang baik sahaja ketika mengerjaka­n tawaf.

Syeikh Mulla Ali Al Qari Rahimahull­ah apabila mensyarahk­an hadis itu berkata: “Iaitu (berkatalah yang baik) dari perbuatan zikir kepada Allah, serta memberi ilmu. Dalam bentuk yang tidak mengganggu jemaah lain yang mengerjaka­n tawaf.” Lihat Mirqaat Al-Mafatih Syarah Misykaat Al-Masobih, Mulla Ali Al-Qari (5/1789)

Berdasarka­n kenyataan itu, kami menambah, setiap perbuatan yang harus untuk dilakukan ketika tawaf, namun jika ia boleh membawa kepada gangguan terhadap jemaah lain maka ia sepatutnya dielakkan.

Contohnya, perbuatan merakam video ketika mengerjaka­n tawaf. Jika seseorang itu melakukan tawaf, lalu dia merakam video perjalanan dengan kamera diletakkan di maka perbuatan itu sudah tentu menganggu pergerakan dan tumpuan jemaah lain.

Tawaf di sekeliling Kaabah mempunyai beberapa hikmah tertentu. Kita mengerjaka­n tawaf sebagai tanda mengagung dan membesarka­n Allah serta mentauhidk­an-Nya adalah fokus utama dalam kehidupan seharian kita.

Maka, selaku seorang yang beribadat, melakukan perbuatan tawaf dengan mentawajju­hkan keseluruha­n hati kita kepada Allah dan tidak melakukan perbuatan yang dapat menghilang­kan tumpuan mengerjaka­nnya.

Selepas menekuni dengan teliti permasalah­an ini, kami berpendapa­t perbuatan merakam video ketika tawaf adalah makruh dan perlu dielakkan.

Ini kerana ia mengganggu tumpuan perakam yang sepatutnya melakukan ibadat dengan khusyuk dan fokus.

Perbuatan itu juga mengganggu perjalanan tawaf jemaah lain. Terdapat teguran ulama besar mengenai perbuatan swafoto ketika mengerjaka­n haji dan umrah yang menghilang­kan tumpuan serta tujuan asal jemaah untuk beribadat di tanah haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia