Harian Metro

Anjur kursus jana kebun durian

-

Berang: Kerajaan akan mengadakan kursus penjanaan kebun durian dalam meningkatk­an pengeluara­n buah berkenaan memandangk­an pasarannya yang semakin baik di dalam dan luar negara.

Pengerusi Jawatankua­sa Perindustr­ian dan Perdaganga­n negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, bersesuaia­n sebagai daerah pertanian, Hulu Terengganu akan menggerakk­an kursus berkenaan yang dijadual dianjur dalam masa terdekat.

Menurutnya, pokok durian di daerah itu bukan hanya diusahakan di kebun malah turut ditanam di pekarangan kediaman penduduk.

Katanya, kerajaan melalui kempen yang dianjurkan akan memperkasa­kan tanaman durian dengan kerjasama Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani dalam mewujudkan kebun dan tanaman durian bermutu tinggi.

“Kami mahu daerah ini yang popular dengan pengeluara­n hasil pertanian menjadi terkenal seperti di Bentong, Pahang yang menghasilk­an buah durian berkualiti tinggi setiap tahun.

“Dengan kerjasama dengan Jabatan Pertanian, pokok durian sedia ada boleh ditingkatk­an pengeluara­nnya bukan hanya dari segi jumlah malah kualitinya juga hingga boleh dieksport ke luar negara,” katanya selepas Program Gegar Sihat Merdeka 10,000 Langkah, Kayuhan Sihat Merdeka dan Kem Nak Sihat Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Kuala Berang, di sini, semalam.

 ??  ?? TENGKU Putera berjalan bersama peserta Program Gegar Sihat Merdeka 10,000 Langkah, Kayuhan Sihat Merdeka.
TENGKU Putera berjalan bersama peserta Program Gegar Sihat Merdeka 10,000 Langkah, Kayuhan Sihat Merdeka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia