Harian Metro

Pulau Langkawi hab ternak ikan sangkar

-

Alor Setar: Pulau Langkawi disasarkan untuk menjadi hab penternaka­n ikan dalam sangkar bagi rantau Asia Tenggara bermula pada tahun depan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembanguna­n Usahawan dan Kebajikan Masyarakat negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob berkata, industri perikanan di negara ini agak besar dan luas, namun belum dapat memenuhi keperluan masyarakat di negara ini.

“Dalam satu persidanga­n perikanan yang dijalankan di Kuala Lumpur baru-baru ini, pakar perikanan dunia mengeluark­an data bahawa populasi ikan di lautan dunia ini tidak mungkin cukup untuk memenuhi kehendak masyarakat dunia selagi setiap negara tidak memulakan penternaka­n ikan secara komersial sendiri.

“Malah, secara purata, rakyat negara ini makan 54 kilogram ikan setahun ini jumlah ini semakin meningkat setiap tahun, jadi industri perikanan ini harus dibangunka­n dengan lebih berskala besar bagi memastikan setiap keperluan ini dapat dipenuhi.

“Kita lihat Pulau Langkawi ada potensi besar untuk bidang ternakan ikan dalam sangkar sebagai satu industri yang besar sekali gus menjadikan­nya sebagai hab pengeluara­n ikan mentah serta produk ikan lain di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bayaran Komitmen dan Bayaran Royalti kepada Kerajaan negeri Kedah oleh syarikat akuakultur, Syarikat Fishance Berhad di Wisma Darulaman, di sini, semalam.

FAKTA

Secara purata, rakyat negara ini makan 54 kilogram

ikan setahun

 ??  ?? SURAYA menerima replika cek daripada Ketua Pegawai Eksekutif Fishance Berhad, Alexey Dorin.
SURAYA menerima replika cek daripada Ketua Pegawai Eksekutif Fishance Berhad, Alexey Dorin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia