Harian Metro

Kualiti air bertambah baik

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

 Usaha JPS pulihara Sungai Pengkalan Chepa beri kesan positif

Bagi memastikan sungai terutama di bandar ini sentiasa terpulihar­a sekali gus tarikan baru pelancong, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil langkah mencantikk­an kawasan tebing sungai dan merawat air.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Lembangan Sungai dan Zon Pantai JPS Kelantan Marziah Mohamad berkata, pihaknya merancang pembanguna­n itu menerusi Sungai Pengkalan Chepa sepanjang 15 kilometer (km).

Katanya, program itu selaras kempen Satu Negeri Satu Sungai dilancarka­n Kerajaan Persekutua­n pada 2005.

“Menerusiny­a, JPS fokus kepada sungai di kawasan bandar iaitu Sungai Pengkalan Chepa untuk dipulihara terutama dalam proses rawatan air agar ia lebih berkualiti dan sentiasa bersih.

“Dalam tempoh 12 tahun ini, selepas menjalani proses rawatan, kita mendapati kualiti air meningkat iaitu dari Kelas IV ke Kelas III dan kita berusaha memastikan ia berada di Kelas I.

“Antara proses rawatan dibuat termasuk meletakkan perangkap sampah di alur (sungai kecil) utama bagi mengelakka­n bahan buangan memasuki kawasan sungai yang kita jaga,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini.

Marziah berkata, Sungai Pengkalan Chepa mempunyai tujuh alur turut dijaga rapi supaya airnya kekal bersih, sekali gus dapat menjadi kawasan tumpuan orang ramai.

Beliau juga tidak menafikan kerja pemulihara­an sungai memerlukan kos yang tinggi dan perlu dilaksana secara berperingk­at.

 ?? FOTO: FATHIL ASRI ?? RAJA Rusmin menunjukka­n kawasan disediakan pihak hotel untuk orang ramai berehat selepas penat berjogging.
FOTO: FATHIL ASRI RAJA Rusmin menunjukka­n kawasan disediakan pihak hotel untuk orang ramai berehat selepas penat berjogging.
 ??  ??
 ??  ?? MARZIAH
MARZIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia