Harian Metro

Hotel bantu jaga lokasi riadah

-

Kota Bharu: Bukan hanya Kerajaan Persekutua­n dan negeri bertungkus-lumus menjaga dan memulihara sungai, malah usaha itu turut disertai pihak swasta.

Semua dilakukan untuk memastikan sungai yang menjadi nadi kehidupan dijaga baik, tidak tercemar dan boleh memberi nilai tambah kepada pembanguna­n setempat.

Antara pihak swasta giat membantu adalah Hotel Grand Riverview (GRV) yang membangunk­an projek mengindahk­an tebing Sungai Kelantan berhampira­n hotel dan dekat kawasan Tambatan Diraja di sini.

Pengurusan hotel menganjurk­an projek pembersiha­n secara berkala dan turut membina jeti Hotel GRV dan laluan pejalan kaki yang kini menjadi lokasi riadah orang ramai.

Pengarah Pemasaran Hotel GRV Raja Rusmin Raja Mahmud berkata, usaha dilakukan pihaknya bukan sekadar untuk tetamu hotel yang menginap, malah keseluruha­n masyarakat.

“Pihak kami menjaga kawasan tebing sungai ini kerana tidak mahu ia tercemar terutama sampah-sarap dan bahan buangan boleh menjatuhka­n imej Kota Bharu.

“Penjagaan ini penting untuk memastikan Sungai Kelantan yang menjadi mercu tanda kewujudan bandar Kota Bharu itu kekal sampai bila-bila,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia