Harian Metro

Wanita bunuh diri angkara selisih faham dengan teman lelaki

-

Perselisih­an faham dengan teman lelaki menjadi punca wanita membunuh diri di bilik hotel di Jalan Puteri, Bandar Puteri Puchong, di sini, kelmarin.

Kematian mangsa berusia 27 tahun itu disedari rakannya yang gagal menghubung­i wanita itu yang mengurung diri di dalam bilik hotel.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.10 pagi.

“Sepasukan polis yang membuat pemeriksaa­n di bilik dihuni mangsa menemui wanita itu di atas katil dalam keadaan terlentang.

“Kepalanya didapati berbalut dengan beg plastik selain ada hos getah disambungk­an ke tong gas memasak,” katanya.

Megat berkata, pemeriksaa­n pasukan perubatan mendapati mangsa yang menetap di

>>Kekerapan hujan memaksa waris membuat alur bagi mengalirka­n air bertakung di kubur

Taman Tasik Prima, Puchong, di sini, meninggal dunia.

“Pemeriksaa­n menemui beberapa nota ditulis mangsa kepada rakan dan ahli keluargany­a.

“Dalam nota terbabit, mangsa meminta maaf kepada rakan dan ahli keluargany­a kerana membunuh diri.

“Siasatan mendapati mangsa berselisih faham dengan teman lelaki dan membuat keputusan membunuh diri akibat kecewa,” katanya.

 ?? MEGAT Mohamad Aminuddin ??
MEGAT Mohamad Aminuddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia