Harian Metro

15 pekerja ladang tunggu rumah idaman

-

Klang: Seramai 15 bekas pekerja ladang menunggu dengan harapan untuk tinggal di rumah idaman mereka di Ladang Bukit Raja, Jalan Astaka, di sini.

Mereka adalah pekerja ladang generasi keempat yang pernah berkhidmat dan berbakti pada tanah itu yang sebelum ini ladang sawit.

Namun, masalah timbul apabila keluarga itu mempunyai masalah kewangan sehingga sukar membuat pinjaman rumah walaupun rumah dijanjikan siap dibina.

Pekerja yang pernah berkhidmat selama 42 tahun di ladang itu, A Subramania­m, 82, berkata, dia berharap mempunyai rumah sendiri walaupun sudah berusia.

“Saya bekerja di ladang itu sejak berusia 11 tahun sehingga ditutup pada 1997.

“Sehingga kini, saya masih menyewa dan mengidamka­n memiliki rumah sendiri,” katanya.

Turut hadir, Penyelaras Kerajaan Persekutua­n Parlimen Shah Alam Datuk Azhari Shaari dan Presiden Kelab Harmoni Selangor Dr V Sunder.

Satu memorandum diserahkan kepada Azhari bagi membantu mendapatka­n rumah dan menyelesai­kan permasalah­an itu menerusi bantuan Kerajaan Pusat.

Seorang lagi pekerja, P Krisnaviny, 40, berkata, dia sekeluarga bekerja di ladang itu sejak sekian lama, namun hampa apabila namanya disenaraik­an sebagai penerima rumah ‘tercicir’.

“Saya meminta perkara ini diselesaik­an segera supaya nama mereka yang tercicir mendapat rumah dan tidak berpanjang­an.

“Kami berharap menyambut Deepavali di rumah sendiri,” katanya.

Azhari berkata, beliau akan membawa isu itu kepada Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar dalam tempoh terdekat.

“Kita akan melihat cara terbaik membantu mereka mendapat rumah sendiri walaupun di kawasan lain. Saya akan cuba menyelesai­kan perkara ini dalam masa sebulan,” katanya.

 ??  ?? AZHARI (tiga dari kiri) dan Dr V Sunder (tiga dari kanan) bersama pekerja ladang menuntut keadilan.
AZHARI (tiga dari kiri) dan Dr V Sunder (tiga dari kanan) bersama pekerja ladang menuntut keadilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia