Harian Metro

Hasrat

- Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

Pemegang rekod Malaysia Book of Record 2002, Nasir Abas, 62, dan rakannya, Krishnan Andy, 60, mengakui tidak pernah serik malah bertekad meneruskan larian jika berpeluang kerana terharu dengan sokongan golongan muda.

Nasir mengakui dia dan Krishnan berhasrat melakukan satu lagi misi larian jika pasukan bola sepak Kedah layak ke final Piala Malaysia nanti.

Katanya, kalah atau menang tidak penting, tetapi jika pasukan Kedah layak ke perlawanan akhir, mereka bersedia melakukann­ya.

“Walaupun baru pulang melakukan Larian Muhibbah Merdeka dari Alor Setar ke Kuala Lumpur sejauh 480 kilometer pada 19 hingga 31 Ogos lalu, kami sudah mula melakukan latihan untuk larian seterusnya nanti.

“Saya bercadang melakukan larian lebih awal dari Alor Setar ke Stadium Shah Alam, Selangor sekiranya pasukan Kedah layak ke final berbanding larian sebelum ini iaitu dari Selangor ke Alor Setar,” katanya ketika ditemui di Restoran Roti Canai Didie di Taman Tunku Maheran, Jitra, baru-baru ini.

Nasir atau Pak Nasir dan Krishnan serta keluarga mereka dirai oleh pemilik restoran itu, Mohd Najmuddin Md Noor, 30, kerana kagum dengan kesungguha­n dua pesara tentera itu menyemarak­kan sambutan Hari Kebangsaan 2017. Hujan renyai tidak menghalang 10,000 peserta untuk meneruskan saingan larian Seremban Half Marathon 2017 (SHM 2017), yang berlangsun­g di

Padang Majlis Perbandara­n Seremban (MPS), semalam.

Acara larian terbesar di negeri ini mencatat sejarah tersendiri apabila turut disertai peserta orang kurang upaya (OKU) selain warga emas berusia lebih 65 tahun dan pelajar.

Pengerusi pengelola Amy Chua Monk Yew berkata, ia adalah penyertaan paling ramai sejak program itu diadakan 30 tahun lalu.

Katanya, tiga kategori utama dipertandi­ngkan iaitu terbuka, pelajar dan khas untuk OKU yang membabitka­n larian 10 kilometer (km) dan 21 km.

“Larian kali ini dibuat sempena 30 tahun penganjura­nnya dan kami berpuas hati kerana bilangan penyertaan paling ramai berbanding tahun sebelumnya yang disertai antara 7,000 hingga 8,000 peserta.

“Ia sebahagian aktiviti amal yang mana hasil

 Pemegang rekod MBOR buat larian sekiranya pasukan Kedah layak ke final Piala Malaysia

 ??  ?? MOHD Najmuddin meraikan keluarga Nasir (dua dari kiri) dan Krishnan (kiri) di sini, baru-baru ini.
MOHD Najmuddin meraikan keluarga Nasir (dua dari kiri) dan Krishnan (kiri) di sini, baru-baru ini.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada peserta SHM 2017.
SEBAHAGIAN daripada peserta SHM 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia