Harian Metro

Dua miliki dadah berharga RM13,000

-

Dua lelaki berusia 28 dan 34 tahun ditahan polis selepas pemeriksaa­n di sebuah apartmen di kawasan Taiping Golf Resort, di sini, menemui

445 gram heroin dan 0.05 gram syabu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang, polis menahan sebuah kereta Proton Saga FL di kawasan berkenaan selepas didapati berada dalam keadaan mencurigak­an dan pemeriksaa­n dalam kereta itu tidak menemui sebarang barang salah.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, pemeriksaa­n itu kemudian menemui satu kunci apartmen sebelum kedua-dua suspek mengaku menyewa apartmen itu.

Katanya, polis kemudian membawa kedua-dua suspek ke apartmen berkenaan sebelum pemeriksaa­n di dalam sebuah bilik menemui semua dadah dianggarka­n bernilai RM13,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia