Harian Metro

Festival Sains Petronas

-

Kuala Lumpur: Bagi meningkatk­an minat dalam bidang sains, Pusat Discovery Petrosains menganjurk­an semula Festival Sains Petronas yang terbesar di negara bermula 15 sehingga 17 September ini di Suria KLCC dan di Esplanad, Taman KLCC.

Sambil menerapkan kesedaran berkenaan kepentinga­n gaya hidup lestari, festival berkenaan meraikan sains, memupuk masyarakat bermakluma­t dan berpengeta­huan saintifik selain membudayak­an sains dalam kalangan masyarakat melalui platform yang menyeronok­kan.

Festival yang akan dilancarka­n Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim itu menggunaka­n tema Kehidupan Lestari bakal mengetenga­hkan amalan gaya hidup lestari seperti kitar semula, penjimatan tenaga, mengurangk­an pembaziran makanan dan pengurusan pembuangan sampah secara berhemah.

Tengku Nasariah berkata, sebagai wadah tanggungja­wab sosial korporat PETRONAS dalam teras pendidikan, festival yang dianjurkan Petrosains ini untuk menyokong perjalanan Malaysia ke arah menjadi sebuah negara maju, holistik dan mampan.

Bagi maklumat lanjut dan jadual terperinci mengenai aktiviti semasa Petrosains Science Festival 2017, sila layari www.sciencefes­tival.my. Pendaftara­n terdahulu disyorkan untuk bengkel, forum dan aktiviti yang boleh disertai ketika festival.

FAKTA Festival bermula

15 sehingga 17 September di Suria KLCC dan juga

di Esplanad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia