Harian Metro

Bantu anak elak tekanan

-

Kuala Lumpur: Ibu bapa perlu terus memberikan sokongan dan dorongan kepada anak mereka yang menduduki peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) supaya mereka tidak tertekan dan dapat melakukan yang terbaik.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanath­an berkata, yang penting ialah ibu bapa memberikan sokongan dan dorongan kepada anak mereka.

Menurutnya, guru juga haruslah berada di tempat peperiksaa­n kerana masih ada ruang masa sekiranya ada murid yang tampil di saat akhir untuk mendapatka­n nasihat dan penjelasan, sekali gus berasa lebih selesa untuk menduduki peperiksaa­n.

“Saya mengucapka­n selamat berjaya kepada anak kita, murid kita yang menduduki peperiksaa­n UPSR. Kita di kementeria­n termasuk Menteri Pendidikan (Datuk Seri Mahdzir Khalid) dan semua pimpinan berdoa agar calon membuat yang terbaik... kerana ini masa depan mereka.

“Jangan risau, jangan khuatir, jangan gopoh dan jangan rasa tertekan, kerana semua persiapan saya pasti telah dilaksanak­an. Saya pasti mereka juga dapat datang awal.

“Enam tahun di sekolah rendah dengan bantuan guru kunci kejayaan dan sama-sama berdoa anak kita di mana mereka berada menduduki peperiksaa­n dengan rasa hati yang selesa dan tabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Teddy Bear Sedunia di KL Gateway Mall, Kuala Lumpur, semalam.

 ??  ?? KAMALANATH­AN (tengah) bersama kanak-kanak pada pelancaran Hari Teddy Bear Sedunia di KL Gateway Mall, semalam.
KAMALANATH­AN (tengah) bersama kanak-kanak pada pelancaran Hari Teddy Bear Sedunia di KL Gateway Mall, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia