Harian Metro

Program jalan 10,000 langkah

-

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya semalam menyertai 2,500 peserta berjalan enam kilometer dalam program Gegar 10,000 Langkah Merdeka Peringkat Kebangsaan.

Program membabitka­n masyarakat setempat berjalan enam kilometer itu bermula di pekarangan Sekolah Kebangsaan Presint 8 (1) dan melalui laluan khas pejalan kaki di pesisiran tasik

Putrajaya.

Helmi berkata, program tahunan kementeria­n sejak 2012 sempena sambutan bulan kemerdekaa­n bertujuan mempromosi gaya hidup sihat dengan menggalakk­an masyarakat membudayak­an aktiviti berjalan 10,000 langkah.

Beliau berkata, ia boleh mengurangk­an risiko penyakit jantung, merendahka­n paras kolesterol dan menghindar­i penyakit. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia