Harian Metro

Tulang belakang BNM

Pejabat wilayah pelengkap kepada penilaian ekonomi peringkat makro

-

Terangkan apakah fungsi pejabat wilayah BNM yang dilihat terus menjadi tulang belakang kepada bank pusat.

Pengawasan ekonomi oleh BNM sebagai bank pusat sejak beberapa tahun kebelakang­an ini diperkukuh melalui perluasan pengawasan­nya pada peringkat wilayah melalui Pejabat Wilayah Bank.

Pengawasan ekonomi wilayah membabitka­n pengumpula­n dan sintesis maklumat kuantitati­f serta kualitatif mengenai keadaan ekonomi dan kewangan semasa pada peringkat wilayah.

Pendekatan ini memerlukan interaksi secara langsung dengan pelbagai ejen ekonomi di wilayah yang berbeza di Malaysia dan pengawasan peringkat wilayah ini menjadi pelengkap kepada penilaian ekonomi peringkat makro dengan memberikan perspektif mengenai sejauh mana keadaan wilayah berkenaan, berbeza ataupun mencermink­an prospek negara.

Pengawasan ini juga memberikan maklumat mengenai perbezaan dalam keadaan ekonomi dan kewangan merentas wilayah dan industri.

Apakah tumpuan dan aktiviti yang dilaksanak­an Pejabat Wilayah BNM dalam memperkasa ekonomi sesebuah tempat ia beroperasi?

Penumpuan aktiviti ekonomi mengikut geografi di Malaysia semakin meluas dan lebih tersebar sejak beberapa tahun ini. Trend ini semakin nyata berikutan pertumbuha­n ekonomi yang pantas dalam koridor ekonomi wilayah.

Oleh itu, pengawasan pada peringkat wilayah membolehka­n pemantauan yang lebih dekat dan mendalam ke atas nadi aktiviti ekonomi serta kemunculan trend yang baru.

Interaksi secara langsung dan kerap dengan sektor perniagaan, pertubuhan industri, persatuan pengguna serta agensi peneraju adalah sumber maklumat yang luas untuk menganalis­is keadaan ekonomi dan kewangan yang tepat pada waktunya.

Pemahaman mendalam yang sering didapati lebih awal daripada pengumuman statistik peringkat makro, memberikan ruang masa yang lebih untuk membuat analisis dan tindak balas dasar.

Interaksi secara langsung dengan pihak berkepenti­ngan juga memberi peluang kepada BNM untuk berkomunik­asi dan mendapatka­n maklum balas mengenai isu berkaitan dasar.

Adakah Pejabat Wilayah BNM sering menjadi tumpuan orang ramai dan apakah selalunya perkhidmat­an yang sering mendapat perhatian?

Orang ramai khususnya sering mengambil peluang untuk berkunjung ke Pejabat Wilayah yang terdapat di Kota Kinabalu ini bagi mendapatka­n khidmat nasihat dan rujukan menerusi agensi di bawah BNM seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK).

 ??  ?? PEJABAT Wilayah
BNM Kota Kinabalu, Sabah.
PEJABAT Wilayah BNM Kota Kinabalu, Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia