Harian Metro

Transforma­si gedung Sogo

-

Sogo (KL) Department Store Sdn Bhd (Sogo), pengendali gedung serbaneka terkemuka negara mengambil langkah proaktif dalam memperkuku­h perkhidmat­an dalam kalangan pelanggan sedia ada dan baru dengan melaksanak­an transforma­si gedungnya di Kuala Lumpur.

Timbalan Pengerusi Kumpulanny­a Datuk Andrew Lim Tatt Keong berkata, inisiatif mengubahsu­ai ruang dalaman gedung terbabit mula dijalankan sejak tujuh tahun lalu dan dilakukan secara berperingk­at mengikut tingkat yang bersesuaia­n.

Beliau berkata, pihaknya memperuntu­kkan sekitar RM70 juta di mana dianggarka­n setiap tahun ia menelan belanja kira-kira RM10 juta untuk melengkapk­an transforma­si setiap tingkat gedung yang terpilih.

“Sejak mula beroperasi dua dekad lalu, kami mempunyai aspirasi untuk menjadikan Sogo yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur ini sebagai pusat tumpuan orang ramai terutama keluarga untuk membeli-belah, jadi penting untuk memberi penampilan ruang yang lebih segar kepada pengunjung.

“Kami yakin dengan pengubahsu­aian dilaksanak­an ini, ia akan memberikan lebih keselesaan kepada pelanggan setia Sogo untuk membeli-belah dengan suasana yang serba eksklusif serta menepati cita rasa pengunjung yang turut berubah-ubah mengikut peredaran zaman,” katanya kepada Bisnes Metro selepas pelancaran ruang Beauty Hall Sogo.

Pelancaran ruang khas yang menampilka­n pelbagai rangkaian produk kosmetik, kecantikan dan minyak wangi yang terletak di aras bawah, pusat beli-belah Sogo itu membawakan konsep serba mewah dan elegan.

 ??  ?? DARI kiri Pengurus Besar Komunikasi Pemasaran, Ronnie Tan, Pengurus Kompleks Sogo, Janice Ho, Lim dan Pengarah Eksekutif Kompleks Sogo, Lisa Yong Lai Khoon pada majlis pelancaran ruang Beauty Hall Sogo.
DARI kiri Pengurus Besar Komunikasi Pemasaran, Ronnie Tan, Pengurus Kompleks Sogo, Janice Ho, Lim dan Pengarah Eksekutif Kompleks Sogo, Lisa Yong Lai Khoon pada majlis pelancaran ruang Beauty Hall Sogo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia