Harian Metro

AirAsia tawar lima juta tempat duduk percuma

-

AirAsia Berhad (AirAsia), menawarkan sehingga lima juta tempat duduk menerusi Kempen Tempat Duduk Percuma AirAsia yang bermula pada 11 hingga 17 September ini.

Ketua Pegawai Komersial AirAsia Siegtraund Teh berkata, promosi berkenaan adalah bagi tempahan untuk perjalanan dari 1 Mac hingga 21 November 2018 dan tawaran itu adalah hanya melalui laman webnya, airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

Beliau berkata, orang ramai berpeluang menikmati tambang percuma sehala tidak termasuk cukai dan caj lain ke pelbagai destinasi seperti dari Kuala Lumpur ke

Pulau Pinang, Johor Bharu, Brunei, Lombok, Shantou, Kolkata, Phnom Penh, Pattaya, Davao serta banyak lagi pada penerbanga­n pesawat AirAsia (AK).

Katanya, mereka juga berpeluang menikmati tambang bermula dari RM199 dari Kuala Lumpur ke Taipei, Shanghai, Sydney dan destinasi lain bagi penerbanga­n pesawat AirAsia X (D7), malah turut ditawarkan dengan promosi Premium Flatbed bermula dari RM699.

Bank Negara Malaysia (BNM), adalah badan berkanun yang mula beroperasi pada 26 Januari 1959 serta sehingga hari ini, bank pusat itu mempunyai fungsi menggalakk­an kestabilan monetari dan kewangan bagi menyediaka­n persekitar­an kondusif untuk pertumbuha­n ekonomi Malaysia yang mampan.

Selain itu, BNM turut memainkan peranan penting dalam pembanguna­n infrastruk­tur sistem kewangan bagi memajukan agenda rangkuman kewangan.

Sebagai jurubank dan penasihat kepada kerajaan, BNM sentiasa mempunyai operasi yang cekap bagi keseluruha­n sistemnya di seluruh negara, dan ini terbukti menerusi kewujudan Pejabat Wilayah BNM di empat bandar utama selain operasi utamanya di Kuala Lumpur.

Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Nabil Basaruddin bersama Ketua Pejabat Wilayah Kota Kinabalu BNM, Zambre Ismail mengenai peranan pejabat wilayah BNM kepada masyarakat setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia