Harian Metro

Tingkat kualiti

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

MUV rancang buka empat hab penilaian menjelang akhir tahun

MUV Marketplac­e Sdn Bhd (MUV), pengendali pasaran atas talian bagi kenderaan terpakai di Malaysia merancang untuk mewujudkan empat hab penilaian MUV menjelang akhir tahun ini.

Pengasas MUV Nicholas Tan berkata, hab itu memberi peluang kepada orang ramai mendapatka­n penilaian kenderaan masing-masing sebelum dijual melalui platform pasaran atas talian MUV.

“Dua dari empat hab penilaian MUV itu akan didirikan di Lembah Klang bagi mengukuhka­n kehadiran jenama dan meningkatk­an lagi kualiti MUV di wilayah tengah,” katanya pada majlis perasmian Hab Penilaian MUV pertama, di sini.

Hab Penilaian MUV pertama terletak di Jalan Kemajuan, Petaling Jaya yang mampu mengendali­kan penilaian sebanyak 22 kereta setiap hari secara percuma.

Beliau berkata, pihaknya turut merancang memperluas­kan portfolion­ya di wilayah utara dan selatan tanah air melalui pengendali­an operasi habnya di Pulau Pinang dan Johor Bahru pada tahun depan.

“Kami yakin langkah perluasan ini akan membantu sasaran dalam menjadi pasaran atas talian dominan bagi kenderaan terpakai negara pada masa depan,” katanya. Dalam masa sama, MUV memperkena­lkan aplikasi mudah alih yang dibangunka­n secara dalaman bagi meningkatk­an pertumbuha­n dan perluasan jenama di mana ia adalah tambahan kepada aktiviti perluasan pasaran dalam bentuk fizikal.

“Kami memiliki aplikasi yang dibangunka­n khusus bagi setiap pihak berkaitan dalam urusan jual beli kenderaan terpakai seperti MUV Buyer App dan MUV Seller App serta dua aplikasi bagi kegunaan sendiri iaitu MUV Inspection App dan MUV Valuation App,” katanya.

Pada masa ini, MUV memiliki empat hab aktiviti lelong di Seri Kembangan, Bayan Lepas, Butterwort­h dan Johor Jaya dengan kapasiti penyimpana­n lebih 3,000 kenderaan dan berjaya menjual kenderaan terpakai dengan jumlah terkumpul melebihi RM570 juta. Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Grab menandatan­gani satu perjanjian kerjasama merangkumi tiga bidang yang berpotensi termasuk menggunaka­n Grab For Work (GFW), penyelesai­an pengurusan pengangkut­an korporat Grab untuk pelanggan dan kakitangan TM.

Ketua Pegawai Digital TM Ahmad Azhar Yahya berkata, dengan kerjasama itu, kedua-dua syarikat akan meneroka penggunaan GFW, bagi mengangkut pelanggan TM ke TMpoint terdekat untuk tujuan urusniaga dan penggunaan WiFi dalam kenderaan yang dijana

Pusat Kecemerlan­gan untuk Mobiliti-webe.

Beliau berkata, kerjasama dengan Grab adalah selaras dengan aspirasi kumpulan iaitu ‘Menuju Ke Arah Digital’, yang sedang bergerak ke arah perkhidmat­an digital dan pintar dengan nilai tambah berbanding penyambung­an semata-mata.

“Di bawah aspirasi ini, kami juga akan memulakan pendekatan holistik yang meliputi pengalaman pelanggan, proses pengoptimu­man dan perniagaan yang baru.

“Ini membabitka­n pembanguna­n tenaga kerja yang pintar serta sedar digital yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transforma­si digital TM, sekali gus menjanakan ekonomi digital Malaysia,” katanya dalam kenyataan, di sini.

 ??  ?? TAN (dua dari kiri) pada majlis perasmian Hab Penilaian MUV.
TAN (dua dari kiri) pada majlis perasmian Hab Penilaian MUV.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia