Harian Metro

TAK MAHU TANGGUNGJA­WAB

- Daily Mail

Seorang wanita yang sarat mengandung melahirkan bayinya tujuh minggu lebih awal selepas mengalami kecederaan teruk akibat dibakar teman lelaki yang tidak bersedia memikul tanggungja­wab sebagai bapa.

Andrea Grinage, 30, ditemui dalam keadaan kritikal dengan kesan lecuran di seluruh tubuhnya kira-kira jam 11.45 pagi Jumaat lalu di Capitol Heights, Maryland.

Akibat trauma dialaminya, Andrea mula mengalami sakit bersalin tetapi sempat dibawa ke hospital untuk melahirkan anaknya melalui pembedahan.

Andrea dan bayinya dilaporkan selamat.

Bapa mangsa, Arthur Grinage Sr dalam rayuannya kepada orang ramai menerusi laman web pengumpula­n dana, GoFundMe berkata, anaknya sudah mempunyai dua anak lelaki berusia lapan dan 15 tahun.

“Semuanya musnah dalam kebakaran itu. Dia memerlukan masa yang lama untuk sembuh dan tidak diketahui berapa kos perubatan perlu dibayar. Hentikanla­h keganasan rumahtangg­a!!” tulisnya.

Suspek dalam serangan kejam itu dipercayai bapa bayi berkenaan.

Menurut Grinage, kejadian itu berpunca daripada kehamilan anaknya dan sikap teman lelakinya yang masih belum bersedia untuk menjadi bapa.

“Semuanya disebabkan dia tidak mahu bertanggun­gjawab terhadap bayi itu.

“Dia tidak mengingink­annya. Namun hakikatnya, dalam keadaan seperti ini seorang lelaki perlu sama ada

 Lelaki enggan pikul tugas bapa bakar teman wanita hamil

menerima hakikat dan menggalas tanggungja­wab atau berambus saja,” katanya.

 ??  ?? ANDREA bersama dua anak lelakinya. - Daily Mail
ANDREA bersama dua anak lelakinya. - Daily Mail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia