Harian Metro

Teruskan tekanan

- AFP

Arab Saudi semalam berkata, ia akan terus meletakkan tekanan terhadap Qatar sehingga tuntutan oleh blok negara Arab dipatuhi, seterusnya memusnahka­n harapan untuk penyelesai­an secara rundingan terhadap krisis diplomatik berkenaan.

“Kami akan terus mengambil tindakan dan kekal dengan pendirian kami sehingga Qatar memberi maklum balas. Qatar mesti akur untuk membolehka­n fasa baru dimulakan,” kata Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir.

Tiga belas tuntutan blok itu termasuk supaya Doha menamatkan sokonganny­a terhadap kumpulan pelampau Islam, menutup pangkalan tentera Turki dan mengurangk­an hubungan diplomatik dengan Teheran.

Pendirian Saudi itu hanya dua hari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berbincang dengan pemimpinny­a dan Qatar sebagai percubaan menjadi pihak tengah dalam pertelingk­ahan itu.

Trump dilaporkan berkata, dia percaya perbalahan itu boleh diselesaik­an ‘dengan agak mudah’ selepas berhubung dengan pemimpin dua negara Arab berkenaan, kelmarin, seterusnya meningkatk­an harapan rundingan boleh diadakan.

Bagaimanap­un, Riyadh kemudian menuduh Doha sengaja menyelewen­gkan fakta apabila memberi gambaran Arab Saudi yang mahu memulakan rundingan.

Menteri Negeri bagi Hal Ehwal Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE) Anwar Gargash, Sabtu lalu menyuaraka­n sokongan terhadap keputusan Arab Saudi itu di Twitter, selain

>>Trump percaya perbalahan boleh diselesaik­an ‘dengan agak mudah’ selepas berhubung dengan pemimpin dua negara Arab itu  Arab Saudi tetap mahu Qatar akur desakannya

menuduh Qatar ‘memusnahka­n peluang’ menyelesai­kan krisis.

“Saya berharap Doha berhenti memanipula­si dan mula bertindak telus. Tiada cara lain,” katanya.

Arab Saudi mengetuai UAE, Mesir dan Bahrain memutuskan hubungan dengan Qatar pada Jun lalu kerana dituduh membiayai kumpulanku­mpulan pengganas serta terlalu rapat dengan musuh ketat Riyadh di rantau itu, Iran.

Semua tuduhan itu dinafikan Doha.

Qatar dan Arab Saudi masing-masing sekutu kuat AS.

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat mencari mangsa yang mungkin terperangk­ap di Juchitan de Zaragoza, Mexico. - AFP
ANGGOTA penyelamat mencari mangsa yang mungkin terperangk­ap di Juchitan de Zaragoza, Mexico. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia