Harian Metro

Angka kematian Mexico naik 90 orang

-

Mexico City: Angka kematian akibat gempa bumi yang melanda Mexico Khamis lalu meningkat kepada sekurang-kurangnya 90 orang selepas anggota penyelamat di Oaxaca, selatan negara itu berkata, 71 orang maut di negeri itu.

Jurucakap pihak berkuasa perlindung­an awam negeri, Jesus Gonzalez berkata: “Seramai 71 maut, hanya di Oaxaca.”

Sekurang-kurangnya 15 orang mati di negeri bersebelah­annya, Chiapas, manakala empat yang lain di Tabasco.

Gempa dengan magnitud 8.1 itu melanda di pesisiran pantai Chiapas dan lebih kuat berbanding bencana pada 1985 yang memusnahka­n ibu negara, Mexico City serta membunuh ribuan orang.

Usaha mencari dan menyelamat diteruskan semalam dengan ramai penduduk masih tidak berani pulang ke rumah masing-masing kerana bimbang kediaman roboh akibat gegaran susulan. - Reuters

 ??  ?? DUA wanita berpelukan sambil melihat kediaman mereka yang musnah di Union Hidalgo, Mexico. - Reuters
DUA wanita berpelukan sambil melihat kediaman mereka yang musnah di Union Hidalgo, Mexico. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia