Harian Metro

6.3 juta pindah

- AFP

 Puluhan ribu penduduk Florida cari perlindung­an nanti ketibaan Taufan Irma

Taufan Irma semalam membadai rangkaian pulau digelar Florida Keys dengan membawa angin kencang ke bandar di pantai barat negeri itu yang semuanya dikosongka­n sebagai persediaan menghadapi bencana berkenaan.

Ribut dengan kelajuan angin 215 kilometer sejam itu dinaikkan ke Kategori Empat ketika membadai Florida Keys, kata Pusat Taufan Kebangsaan AS.

Seorang lelaki di Florida Keys juga dilaporkan maut dalam nahas jalan raya dipercayai mangsa pertama bencana itu.

Puluhan ribu penduduk Florida mendapatka­n perlindung­an di pusat disediakan. Lebih 6.3 juta orang - hampir sepertiga penduduk negeri itu - diarahkan berpindah.

Namun ada yang tidak sempat berpindah dan terpaksa berlindung di dalam kediaman sendiri untuk menghadapi antara taufan paling buruk dijangka melanda Florida itu. Amaran puting-beliung turut dikeluarka­n di selatan dan tengah Florida. Sekurang-kurangnya 25 orang maut sejak Irma membadai kawasan Caribbean awal minggu lalu.

Gabenor Florida, Rick Scott memberi amaran Irma mungkin lebih teruk daripada Taufan Andrew yang membunuh 65 orang pada 1992 dan berkata, semua 20.6 juta penduduk negeri itu patut berpindah ke tempat selamat.

Irma membadai beberapa pulau di Caribbean sejak Rabu lalu, memusnahka­n Barbuda serta St Barts dan St Martin, selain menyebabka­n kerosakan teruk antara lain di Puerto Rico, Republik Dominika dan Haiti.

Ia disusuli ribut Taufan Jose yang pada mulanya dibimbangi menyebabka­n lebih banyak kemusnahan, tetapi tanpa disangka menjadi lemah sebelum menghala ke utara meninggalk­an kawasan berkenaan.

 ??  ?? SEORANG lelaki duduk di menara penyelamat pantai ketika angin kencang di Hollywood, Florida. - Reuters
SEORANG lelaki duduk di menara penyelamat pantai ketika angin kencang di Hollywood, Florida. - Reuters
 ??  ?? GAMBAR diambil daripada rakaman video menunjukka­n keadaan luar biasa di Bahamas apabila air laut surut lebih jauh daripada biasa disebabkan perubahan tekanan udara akibat Taufan Irma. Bagaimanap­un keadaan ini tidak mengakibat­kan tsunami sebaliknya air...
GAMBAR diambil daripada rakaman video menunjukka­n keadaan luar biasa di Bahamas apabila air laut surut lebih jauh daripada biasa disebabkan perubahan tekanan udara akibat Taufan Irma. Bagaimanap­un keadaan ini tidak mengakibat­kan tsunami sebaliknya air...
 ??  ?? SEORANG wanita dan anak-anaknya bersedia tidur di bilik darjah yang menjadi tempat perlindung­an mereka sehingga Taufan Irma berlalu di Tampa, Florida. - AFP
SEORANG wanita dan anak-anaknya bersedia tidur di bilik darjah yang menjadi tempat perlindung­an mereka sehingga Taufan Irma berlalu di Tampa, Florida. - AFP
 ??  ?? SEORANG lelaki di Florida Keys bernasib baik tidak dihanyutka­n ke laut selepas melanggar amaran pihak berkuasa dan mengambil gambar sebelum ditolak ombak besar ke lantai di belakangny­a. - Daily Mail
SEORANG lelaki di Florida Keys bernasib baik tidak dihanyutka­n ke laut selepas melanggar amaran pihak berkuasa dan mengambil gambar sebelum ditolak ombak besar ke lantai di belakangny­a. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia