Harian Metro

‘Jangan tembak Irma!’

-

Florida: Puluhan ribu orang menyertai kempen Facebook untuk menembak Taufan Irma apabila ia membadai Florida.

Kumpulan itu berazam ‘melawan’ taufan dianggarka­n mampu mencapai kelajuan angin 297 kilometer sejam itu dengan membuktika­n ‘kami di Florida menembak dulu (sebelum bertanya).’

Perancanga­n itu dimulakan sebagai jenaka oleh Ryon Edwards, 22, sebagai cara menghabisk­an masa dan mengelak bosan ketika bencana.

Dia memulakan ‘acara’ di Facebook dan sehingga semalam, lebih 50,000 orang menyuaraka­n minat menyertain­ya.

Irma, taufan paling kuat di Atlantik dalam sejarah membawa kemusnahan di Caribbean dengan meragut sekurang-kurangnya 25 nyawa, minggu lalu.

Edward berkata, dia tidak menyangka cadanganny­a itu mendapat sambutan malah menyuaraka­n kebimbanga­n ada yang menganggap­nya serius.

Disebabkan itu Pejabat Syerif Pasco terpaksa mengeluark­an amaran di Twitter supaya orang ramai tidak bertindak bodoh. Agensi

Road Town (KepulauanV­irgin British): Lebih 100 banduan dipercayai melarikan diri dari penjara di Kepulauan Virgin British selepas bangunan itu dimusnahka­n Taufan Irma, baru-baru ini.

Sehingga 120 banduan dipercayai melarikan diri daripada bangunan yang separuh musnah di pulau Tortola ketika dibadai Irma minggu lalu.

Penduduk kepulauan itu, Paul Exner berkata, pada mulanya banduan berkenaan dikawal wardar sebelum ‘dilepaskan.’

Penjara itu dipercayai mempunyai sehingga 200 banduan.

Kerosakan lebih £1 bilion (RM5.5 bilion) dianggarka­n ditanggung berkenaan itu.

Susulan di kepulauan akibat taufan

itu,

United Kingdom menghantar anggotanya ke situ untuk menghulurk­an bantuan. Daily Mail

 ??  ?? KEROSAKAN dialami di Tortola. - Daily Mail
KEROSAKAN dialami di Tortola. - Daily Mail
 ??  ?? EDWARD
EDWARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia