Harian Metro

Perlis mampu jadi tuan rumah kejohanan bertaraf IS, IC

-

Kuala Lumpur: Perlis bersedia untuk menganjurk­an kejohanan bertaraf Siri Antarabang­sa (IS) apabila berjaya menganjurk­an kejohanan Terbuka Antarabang­sa Remaja yang berakhir, kelmarin.

Presiden Persatuan Badminton Perlis (PBPs), A’amar Hashim berkata, mereka sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah kejohanan bertaraf IS mahupun Cabaran Antarabang­sa (IC) berdasarka­n kemudahan dewan dan kapasiti penonton yang hadir sepanjang minggu lalu.

“Kita yakin mampu menganjurk­an kejohanan di peringkat lebih besar terutama IS dan IC. Memang kita mampu melakukann­ya,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Jelasnya, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria juga sangat berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh PBPs terutama sekali dengan persediaan gelanggang di Dewan 2020 serta tenaga kerja.

“Kelebihan kami dalam penganjura­n ini adalah semangat berpasukan kerana setiap jawatankua­sa yang ditubuhkan berjaya melaksanak­an tugas dengan baik.

“Selain itu, kami juga mendapat sokongan sepenuhnya dari kerajaan negeri dan Majlis Sukan Negeri Perlis, Jabatan Belia dan Sukan serta beberapa agensi lain yang sedia berganding tenaga,” katanya yang juga naib presiden BAM.

Ujar A’amar, antara kekurangan yang perlu diperbaiki­nya pada masa akan datang ialah menambah tempat duduk penonton kerana ramai yang hadir untuk menyaksika­n Terbuka Antarabang­sa Remaja tidak ada tempat duduk.

“Kita akan tetap mengadakan kejohanan lebih besar di sini cuma perlu menambah tempat duduk penonton. Di sini (Dewan 2020) memang semuanya lengkap terutama dari segi bilik, pentas, pencahayaa­n dan juga parkir.

“Maklum balas yang kami terima terutama dari pemain yang beraksi di perlawanan akhir semalam (kelmarin) menyatakan mereka sangat selesa beraksi di sini dengan tempat tinggal berdekatan dengan gelanggang dan persediaan dewan pula bertaraf antarabang­sa,” katanya.

PBPs berharap mereka akan mendapat mandat dari BAM untuk menjadi penganjur IS tahun depan yang sama taraf dengan Terbuka Antarabang­sa Remaja.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta bergambar selepas kejohanan Terbuka Antarabang­sa Remaja, kelmarin.
A’AMAR (duduk, empat dari kiri) bersama Norza (duduk, empat dari kanan.
SEBAHAGIAN peserta bergambar selepas kejohanan Terbuka Antarabang­sa Remaja, kelmarin. A’AMAR (duduk, empat dari kiri) bersama Norza (duduk, empat dari kanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia