Harian Metro

Izzuddin sedia ambil tempat V Shem

-

Kuala Lumpur: Jika hendak dibandingk­an dengan pengalaman dan pencapaian­nya yang dimiliki Goh V Shem-Tan Wee Kiong, ia ibarat langit dan bumi buat Nur Izzuddin Rumsani tetapi pemain muda itu tetap bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkina­n.

Pemain berusia 20 tahun itu tidak berdepan sebarang masalah seandainya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu membuat rombakan terhadap gandingan V Shem-Wee Kiong dan digantikan dengan dirinya.

“Saya terima apa saja keputusan BAM dan mungkin mereka lebih tahu (keputusan terbaik),” kata pemain kelahiran Johor itu ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Berdasarka­n pandangan dan cakap-cakap di media sosial, ramai yang berpendapa­t bahawa Izzuddin atau gandingann­ya, Goh Sze Fei sesuai untuk dipasangka­n dengan V Shem atau Wee Kiong sekiranya pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu dipisahkan.

“Jika saya terbabit dalam rombakan ini berkemungk­inan saya lebih sesuai untuk digandingk­an dengan Wee Kiong kerana saya bermain di bahagian belakang.

“Wee Kiong bijak dengan permainan di bahagian depan sepanjang berganding bersama V Shem,” katanya yang sudah berpasanga­n bersama Sze Fei selama setahun setengah.

Ditanya mengenai kejohanan yang bakal disertainy­a bersama Sze Fei, Nur Izzuddin berkata, mereka masih belum ada perancanga­n untuk beraksi di mana-mana kejohanan selepas beraksi buat kali pertama di Sukan SEA bulan lalu.

“Sekarang kami tumpukan pada latihan terlebih dulu dan kejohanan terakhir kami di Sukan SEA bulan lalu. Setakat ini sasaran peribadi saya untuk kembalikan corak permainan sebenar dan dapatkan balik keyakinan,” katanya.

V Shem-Wee Kiong berdepan kemungkina­n dipisahkan berikutan prestasi buruk termasuk tersingkir di pusingan kedua Kejohanan Dunia di Glasgow bulan lalu.

 ??  ?? IZZUDDIN
IZZUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia