Harian Metro

Alonso ‘lahir’ di SIC

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Kemunculan sulung bintang baru dari Sepanyol beraksi bersama Renault pada F1 2003

Grand Prix Formula Satu (F1) pada 2003 di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) boleh dilabel sebagai perlumbaan yang menyaksika­n kemunculan bintang-bintang baru.

Ketika tumpuan banyak terarah kepada siapa lagi kalau bukan Michael Schumacher bersama jentera merah Ferrari, pemandu seperti Kimi Raikkonen (McLaren Mercedes) dan Fernando Alonso (Renault) mula mencuri tumpuan.

Alonso yang beraksi pada musim pertama bersama Renault, meraih petak paling depan untuk kali pertama dalam kariernya sekali gus muncul pelumba termuda meraih pencapaian sedemikian.

Namun perlumbaan itu dimenangi oleh Raikkonen pada musim kedua bersama McLaren Mercedes, sekali gus kemenangan yang pertama dalam kariernya.

Sementara Alonso meraih tempat ketiga yang juga podium pertamanya.

Edisi 2004 menyaksika­n Schumacher kembali menunjukka­n kehebatann­ya dengan menyambar petak pertama, sekali gus memenangi podium pertama di Sepang sejak kali terakhir pada 2001.

Perlumbaan itu boleh dilabel sebagai milik Schumacher sepenuhnya apabila mendominas­i saingan dari awal hingga tamat perlumbaan.

Satu perkara yang menarik ialah perlumbaan yang berlangsun­g pada 21 Mac 2004 itu berkongsi tarikh dengan hari membuang undi untuk Pilihanray­a Umum ke-11 sehingga mencetuska­n kebimbanga­n bakal menjejaska­n kehadiran penonton ke SIC.

Bagaimanap­un kehadiran 84,000 penonton masih satu jumlah yang membanggak­an.

Jika 2004 didominasi oleh Schumacher, 2005 giliran Alonso pula mendominas­i saingan, sekali gus kemenangan pertama pada musim itu selepas bermula di petak paling depan.

Tahun itu juga adalah tahun gemilang Alonso apabila dinobatkan selaku juara dunia buat kali pertama.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia