Harian Metro

Skuad bola sepak CP intai peluang ke final

-

dari sudut intensiti. Kita juga mengadakan perlawanan persahabat­an bersama pemain normal dan pada peringkat awal memang pasukan ini tewas kerana dalam proses sesuaikan diri.

“Namun dalam lima perlawanan terakhir kita mencatatka­n empat kemenangan dan satu keputusan seri. Jadi saya yakin pemain mampu beraksi dengan baik nanti, terutama Thailand yang pasti menjadi pencabar utama,” katanya pada sidang media Program Kita Juara 2017 untuk Sukan Para Asean di Hotel Seri Pacific, semalam. Mengulas lanjut, Asnan berkata, sebanyak enam negara mengambil bahagian pada edisi di Kuala Lumpur dan ia dipecahkan kepada dua kumpulan.

Malaysia diletakkan bersama Singapura dan Kemboja sementara Myanmar, Thailand dan Indonesia dalam kumpulan lain.

Jelasnya, 14 pemain akan menggalas cabaran negara dengan lima daripadany­a adalah muka baru pada aksi yang dijadual berlangsun­g di Padang C Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia