Harian Metro

Messi amuk Espanyol

- AFP

 Barca lonjak empat mata di depan Real di puncak La Liga

Hatrik Lionel Messi menyaksika­n Barcelona melonjak empat mata di depan Real Madrid di puncak La Liga Sepanyol ketika Ousmane Dembele menandakan penampilan sulungnya dengan satu umpanan gol ketika membelasah jiran setempat Espanyol 5-0, semalam.

Terdahulu, Madrid dihukum kerana ketiadaan Cristiano Ronaldo yang digantung dan kegagalan Gareth Bale menyudahka­n peluang apabila mereka terikat 1-1 di laman sendiri dengan kelab pendatang baru Levante.

Barca tidak melakukan kesilapan sama sekalipun berdepan masalah luar padang pada awal musim apabila anak buah Ernesto Valverde mengumpul mata maksimum daripada tiga aksi pertama La Liga.

Messi mengemudi dengan persembaha­n mengagumka­n tetapi gol pembukaann­ya memerlukan sedikit tuah apabila dia tidak dikatakan ofsaid ketika menerima lorongan Ivan Rakitic sebelum merembat ke penjuru gol.

Gol kedua Barca hadir menerusi serangan balas pantas berikutan sepakan sudut Espanyol diketuai Messi dan Luis Suarez sebelum hantaran silang leret Jordi Alba ditampan masuk pemain Argentina itu.

“Satu penghormat­an bermain dengan pemain terbaik di dunia,” kata Suarez.

“Perlawanan demi perlawanan terus membuktika­n bahawa Messi akan bermain lebih lama lagi.”

Messi melenyapka­n cabaran lawan dengan melengkapk­an hatrik menerusi satu lagi penamat tajam hasil hantaran Alba.

Dembele berdepan tugas getir menggantik­an Neymar yang berpindah dan pemain Barca bernilai 105 juta euro (RM530 juta) itu terpaksa menunggu 22 minit sebelum tamat untuk melakukan penampilan sulung menggantik­an Gerard Deulofeu.

Dia membuktika­n kenapa Barca menjadikan pemain berusia 20 tahun itu sebagai pemain ketiga termahal dalam sejarah apabila hantaran silang yang dilakukann­ya disudahkan Suarez bagi melengkapk­an jaringan selepas Gerard Pique menanduk masuk gol keempat Barca. Di Santiago Bernabeu, Madrid dihukum kerana permulaan hambar ketika mereka kehilangan mata di gelanggang sendiri bagi perlawanan kedua berturut-turut.

“Kami tidak berpuas hati dengan persembaha­n kami, apatah lagi pada babak pertama,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane. “Kami tak perlu terburu-buru. Kami perlu bersabar dan memikirkan mengenai perlawanan berikutnya.”

 ??  ?? GAYA Messi selepas menjaringk­an gol buat Barcelona.
GAYA Messi selepas menjaringk­an gol buat Barcelona.
 ??  ?? SUAREZ (kanan) meraikan jaringan kelima Barcelona bersama Dembele.
SUAREZ (kanan) meraikan jaringan kelima Barcelona bersama Dembele.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia