Harian Metro

UNTUNG ADA DE BRUYNE

- AFP

Manchester

Pep Guardiola menyatakan Manchester City bertuah memiliki Kevin De Bruyne selepas pemain tengah Belgium itu mencetus inspirasi kemenangan besar 5-0 ke atas pencabar kejuaraan Liga Perdana, Liverpool.

De Bruyne mencipta gol buat Sergio Aguero dan Gabriel Jesus selain turut membantu gerakan dua gol Leroy Sane ketika City mencatat kemenangan terbesar ke atas Liverpool sejak Mac 1937.

Perlawanan itu lebih diselubung­i insiden penyerang Liverpool, Sadio Mane dibuang padang pada minit ke-37 kerana menyepak kepala penjaga gol Manchester City, Ederson dengan butnya namun Guardiola lebih memberikan tumpuan kepada De Bruyne.

“Kevin amat cemerlang,” kata pengurus City itu ketika sidang media selepas perlawanan di Stadium Etihad.

“Dengan kualitinya, komitmenny­a tanpa bola. Dia belajar, dia amat bijak. Anda berikan satu arahan dan dia terus memahaminy­a.

“Dia menghasilk­an banyak hantaran dan bantuan untuk menjaringk­an gol. Musim lalu dia melakukan 15 atau 16 percubaan yang terkena palang gol. Kami tidak bernasib baik. Harapnya tahun ini dia boleh membantu kami.

“Dia pantas, dia sering melihat ruang antara tengah atau sayap. Dia berlari lebih kerap berbanding pemain lain. Dia bagus ketika memegang bola, dia bagus ketika mencari ruang menyerang.

“Dia seorang pemain lengkap. Dia suka berada di sini bersama kami. Kami pasukan yang bertuah, kelab bertuah mempunyai Kevin.

“Musim ini anginnya bagus, mungkin kerana dia sudah menjadi seorang bapa. Dia seorang daripada kapten kami. Saya amat gembira dengan persembaha­nnya dan bukan hanya hari ini.”

Hantaran De Bruyne menyaksika­n Aguero menggelece­k penjaga gol Simon Mignolet untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-24 dan hantaran lintangnya dari

 Guardiola gembira dengan aksi yang dipamerkan pemain tengah itu

kiri ditanduk masuk

Jesus pada masa kecederaan babak pertama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia