Harian Metro

‘Sanchez perlu beri yang terbaik’

-

London: Arsene Wenger meminta Alexis Sanchez menampilka­n aksi terbaik dan melenyapka­n ejekan penyokong Arsenal ketika menang 3-0 ke atas Bournemout­h.

Sanchez hampir berpindah pada hari terakhir jendela perpindaha­n ke Manchester City namun Arsenal menolak tawaran itu selepas mereka gagal mendapatka­n pemain AS Monaco, Thomas Lemar.

Penyerang Chile itu akan tamat kontrak hujung musim ini sekali gus bakal meninggalk­an Stadium Emirates secara percuma.

Wenger menegaskan, sepanjang musim panas lalu beliau lebih suka senario itu berlaku berbanding menjual bekas pemain Barcelona itu.

Sanchez diletakkan di bangku simpanan berdepan Bournemout­h ketika Danny Welbeck meledak dua gol dan Alexandre Lacazette juga menemui sasaran bagi membantu Arsenal kembali ke landasan baik selepas dua kekalahan sebelum rehat antarabang­sa.

Sanchez dimasukkan menggantik­an Welbeck pada hujung perlawanan dengan sebahagian penyokong mengejekny­a - mungkin kecewa dengan keinginann­ya untuk ke City.

“Kami boleh menjangkak­an tindak balas mereka,” ujar Wenger apabila ditanya mengenai reaksi negatif itu.

“Saya tidak tahu kenapa (adanya ejekan). Cara terbaik membuatkan mereka menyokong anda adalah dengan beraksi baik.

“Saya bercakap dengannya selepas perlawanan dan dia nampak tidak gembira. Mungkin kerana dia mahu menjaringk­an gol.” - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia