Harian Metro

PKNP puas keputusan seri

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban: Pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim puas hati dengan persembaha­n skuad bimbingann­ya biarpun sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Negeri Sembilan pada aksi terakhir Kumpulan A Piala Malaysia, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam kelmarin.

Katanya, walaupun tidak dapat menjaringk­an gol tapi anak buahnya berjaya mempertaha­nkan kubu pasukan daripada dibolosi.

“Keputusan seri ini sudah memadai untuk kita berikan tumpuan pula kepada saingan peringkat suku akhir dan kita sudah bersedia untuk berdepan pasukan FELDA United pada cabaran kalah mati itu nanti,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.

PKNP FC muncul juara Kumpulan A dengan mengumpul 11 mata dan bakal bertemu naib juara Kumpulan B, FELDA United pada peringkat suku akhir.

Abu Bakar berkata, pihaknya sedar dengan reputasi pasukan lawan dari kelompok Liga Super, namun beliau yakin skuad bimbingann­ya mampu melakar kejutan melepasi halangan itu nanti.

Menurutnya, prestasi dipamerkan anak buahnya sepanjang saingan peringkat kumpulan amat membanggak­an, biarpun membariska­n ramai pemain muda dan kurang pengalaman termasuk kali pertama beraksi dalam kempen Piala Malaysia.

“Kejayaan kita menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan cemerlang pastinya menyuntik lagi semangat dan keyakinan diri pemain untuk meneruskan persembaha­n pada peringkat suku akhir nanti.

“Memang pada awalnya tiada yang berani meramalkan kemampuan kami, tetapi pemain sudah membuktika­n keupayaan mereka dengan persembaha­n membanggak­an. Saya harap momentum baik ini dapat diteruskan,” katanya.

Abu Bakar berkata, pihaknya berhasrat untuk membawa pasukannya melangkah lebih jauh dalam saingan berprestij itu.

 ??  ?? PEMAIN Negeri Sembilan Sean Eugene Selvaraj (kanan) bersaing dengan pemain PKNP Mohamad Raffi Nagoorgani.
PEMAIN Negeri Sembilan Sean Eugene Selvaraj (kanan) bersaing dengan pemain PKNP Mohamad Raffi Nagoorgani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia