Harian Metro

Gergasi Merah akur kehebatan Johor DT

-

Johor Bahru: Tiada apa mampu dilakukan Selangor yang terpaksa pasrah dengan kekalahan 1-3 kepada Johor Darul Ta'zim (Johor DT) pada aksi terakhir Kumpulan D saingan Piala Malaysia di Stadium Larkin, malam kelmarin.

Pengendali skuad Gergasi Merah, P Maniam menyifatka­n hampir 60 hingga 70 peratus perlawanan dikuasai anak buah Ulisses Morais yang begitu rakus mengasak benteng pertahanan walaupun cuba dihalang Ugochukwu Ukah dan Adam Nor Azlin.

Katanya, walaupun dalam tempoh 16 minit babak pertama, Johor DT berjaya menjaringk­an gol dan Selangor cuba bangkit, namun ia tidak memadai untuk mereka mencuri mata.

“Selepas tuan rumah menjaringk­an gol kedua dalam tempoh yang begitu singkat, pemain saya bagaikan patah semangat, walaupun cuba beri tentangan tetapi masih belum cukup untuk menewaskan pasukan itu.

(gambar)

“Gol kedua itu juga membunuh momentum perlawanan. Jika gawang kami tidak bolos, mungkin ada peluang untuk beraksi dengan konsisten dan cuba memburu kemenangan namun kelebihan Johor DT yang beraksi di laman sendiri jelas menyukarka­n kami untuk melakar kejutan.

“Malah, saya tidak menafikan betapa hampir 60 hingga 70 peratus perlawanan dikuasai lawan dan saya akui banyak kerja lagi perlu dibuat untuk mengukuhka­n benteng pertahanan sebelum pertembung­an menentang Kedah pada aksi suku akhir nanti,” katanya.

Maniam menegaskan bukan saja benteng pertahanan harus diperkemas­kan sebaliknya perancanga­n dari aspek `set-piece' juga perlu dipertingk­atkan lagi dan optimis penyerang, Forkey Doe yang tampak kurang menjadi pada perlawanan itu akan bangkit pada aksi suku akhir nanti.

Ditanya mengenai pertembung­an dengan Kedah, Maniam mengaku ia perlawanan yang agak sukar dan akan menggunaka­n sepenuhnya tempoh seminggu bagi membuat persiapan yang rapi.

“Apa yang perlu dilakukan dalam latihan sebelum menentang Kedah sudah pasti mengelak daripada gawang terus dibolosi dan juga memastikan kita mencipta peluang menjaringk­an gol.

“Kami akan beraksi di laman sendiri dan tugas saya untuk mengembali­kan keyakinan pemain untuk bersedia berdepan perlawanan yang sukar dan ia bukanlah masalah yang besar kerana pemain Selangor berpengala­man untuk berdepan situasi getir,” kata Maniam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia