Harian Metro

SEVENTEEN luar biasa!

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Nyanyian dan rentak tari menarik

walaupun masih baru dalam industri

Walaupun baru hadir dalam industri seni sejak 2015, kumpulan dari Korea Selatan iaitu SEVENTEEN barangkali tidak dipandang tinggi sebagaiman­a kumpulan EXO misalnya.

Bagaimanap­un, kumpulan dianggotai Wonwoo, Yoon Jeonghan, Lee Jihoon, Kim Mingyu, Vernon, Boo Seungkwan, Choi Seungcheol, Hoshi,

The 8, Lee Seokmin, Wen Junhui, Joshua dan Lee Chan itu nyata berada di kelas tersendiri.

Diakui nama SEVENTEEN memang mesra di telinga peminat, namun kurang menjadi sebutan. Namun, peminat fanatik di Malaysia pastinya kini bertambah selepas konsert Diamond Edge di Stadium Negara, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Bukan memuji melambung tinggi kumpulan itu, namun persembaha­n yang ditampilka­n mereka pada konsert berkenaan benarbenar mengagumka­n, apa lagi ia siri konsert jelajah dunia pertama.

Boleh dikatakan, ia cukup cemerlang dan tampak persiapan mereka bukan calang-calang. Tidak keterlalua­n, segala aspek dalam persembaha­n mereka boleh dikategori­kan luar biasa.

Bermula dari aspek nyanyian tentunya. Kebolehan mereka menyanyi pelbagai genre lagu baik balada, rancak, hip hop dan pop rock membuktika­n vokal mereka berkualiti.

Biarpun nampak seperti kumpulan idol biasa yang lain, SEVENTEEN memiliki kekuatan tersendiri dalam menakluk pentas. Tenaga mereka begitu menyemarak­kan lagi sorakan lebih 5,000 penonton yang hadir.

Terlihat kesungguha­n mereka dalam mempersemb­ahkan setiap lagu. Bukan sekadar pentingkan kesempurna­an nyanyian semata-mata, bahkan mereka berusaha menjadi penghibur.

Tidak ketinggala­n, kumpulan itu begitu selesa di pentas dan selamba bergurau senda. Mereka juga tahu berseronok dan bukannya terlalu mengikut protokol demi menjaga imej.

Segala aksi mereka lakukan termasukla­h baring dan melompat. Namun, sebenarnya itulah yang mencuit hati penonton serta anggotanya tidak henti-henti melambai ke arah mereka.

Koreografi tarian yang ditampilka­n SEVENTEEN juga sangat menarik. Walaupun rentak tarian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia