Harian Metro

MEDAN TERBAIK JUMPA PEMINAT

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Kehadiran artis sempena Karnival Inisiatif Peduli Rakyat di Padang Awam Kampung Baru Batu Caves, Gombak, baru-baru ini disambut meriah oleh masyarakat sekitar.

Sebelum ini, Karnival Inisiatif Peduli Rakyat membuka pentas di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Kuala Lumpur pada pertengaha­n Mei lalu menampilka­n artis Redza Hamid, Alif Redza dan Azarraband yang menghiburk­an peminat dengan nyanyian mereka.

Bagaimanap­un, kelainan dilakukan kali ini dengan menampilka­n konsep permainan street soccer (bola sepak jalanan) dan sepak takraw menampilka­n Zahid Baharuddin (Zahid AF), Syamel, Izzmad Harun, Edaman Qanda dan pereka fesyen, Fairuz Ramdan.

Istimewany­a, mereka bermain bersama lima kanak-kanak sekolah tempatan berusia di bawah 12 tahun yang sememangny­a berbakat besar dalam permainan bola sepak jalanan.

Penyampai radio terkenal Kieran pula ditampikan sebagai hos yang mengendali­kan perjalanan karnival ini.

Selain permainan, acara turut diselang-seli dengan info berguna berkenaan 38 skim terkandung dalam program ini yang bertujuan

Selebriti anggap kehadiran mereka eratkan hubungan

dengan masyarakat

untuk memberi manfaat kepada penduduk.

Barisan artis terbabit mengakui berbesar hati terpilih menjayakan karnival yang meriah ini. Peluang itu juga digunakan sebaik mungkin bagi memperkena­lkan nama dan lagu terbaru masing-masing buat peminat.

Syamel berkata, dia sememangny­a meminati permainan bola sepak dan pembabitan dengan program sebegini amat ditunggutu­nggu.

“Saya bermain bola sepak sebagai cara untuk menjaga kesihatan. Apabila diajak terbabit dengan karnival ini, saya terus bersetuju.

“Apa yang saya nampak,

 ??  ?? KIERAN, Zahid dan Izzmad (tiga dari kiri) terbabit dalam Karnival Inisiatif Peduli Rakyat.
KIERAN, Zahid dan Izzmad (tiga dari kiri) terbabit dalam Karnival Inisiatif Peduli Rakyat.
 ??  ??
 ??  ?? AKSI Syamel bermain bola sepak jalanan.
AKSI Syamel bermain bola sepak jalanan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia