Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV3, 7 malam TITIAN CINTA

Titian Cinta adalah kisah cinta Umayr Harris dan Rahadatul Aisy. Aisy pulang ke tanah air selepas empat tahun merantau di London.

Dia nekad menuntut janji yang pernah dilafazkan suaminya. Kepulangan­nya sememangny­a dinantikan Harris yang menyesal dengan tindakanny­a dahulu kerana termakan hasutan Sofia.

Perginya Aisy ke London kerana dihalau bagai kucing kurap oleh suaminya hanya kerana percayakan fitnah Sofia.

Harris ingin menebus semula kesilapann­ya. Sebelum ini, dia terlalu cemburu sehingga menghina isterinya.

Oleh kerana terlalu panas baran, dia pernah memukul isterinya, namun dia kini insaf dan sedar akan kesilapann­ya itu.

Pelbagai cara dilakukan Harris untuk memikat semula hati Aisy. Adakah Aisy akan menerimany­a semula dan meneruskan kehidupan sebagai pasangan suami isteri?

PELAKON: Zul Ariffin, Farah Nabilah & Daler Yusuf

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia