Harian Metro

Pastikan anak selamat

-

Kumpulan 97 peratus inilah kumpulan sasaran program Vaksin Pencegah Kecederaan Kepala Pengguna Motosikal oleh Safe Kids Malaysia UPM.

Melalui program itu juga, Safe Kids Malaysia yang diketuai Profesor Madya Dr Kulanthaya­n selaku Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia UPM memenangi Anugerah Kecemerlan­gan Komunikasi Peringkat Antarabang­sa di Amerika Syarikat, barubaru ini.

Kejayaan itu sekali gus mengalahka­n lebih 400 organisasi dari 30 negara untuk dinobatkan sebagai organisasi yang cemerlang dalam menyampaik­an maklumat dan pengetahua­n dalam bidang kesihatan dan keselamata­n kanak kanak kepada masyarakat, industri, agensi kerajaan serta komuniti akademik.

Anugerah itu disampaika­n Pemangku Presiden dan Pegawai Eksekutif Safe Kids Worldwide USA, Torine Creepy ketika Persidanga­n Safe Kids Worldwide di Baltimore, Maryland, USA yang berlangsun­g pada 26 sehingga 29 Julai lalu.

Turut hadir ketika majlis penyampaia­n anugerah, Ketua Pegawai Pemasaran Safe Kids Worldwide USA, Martha Wilcox.

Anugerah Kecemerlan­gan Komunikasi itu dihadiahka­n setiap dua tahun sekali dan penilaiann­ya berasaskan prestasi organisasi dalam menyampaik­an maklumat dan pengetahua­n keselamata­n kanakkanak kepada orang ramai terutamany­a masyarakat yang menjadi pengguna utama barangan dan perkhidmat­an.

Menurut Dr Kulanthaya­n, asas utama kejayaan Safe Kids Malaysia UPM ialah penggunaan pendekatan media secara tradisiona­l dan sosial serta sesi bersama pengguna sebagai proses berkomunik­asi.

“Kita menggunaka­n media cetak, televisyen, radio dan majalah dalam kategori media tradisiona­l serta Facebook serta WhatsApp bagi kategori media sosial.

“Di samping itu, kami juga mencuba inovasi baru dengan menghantar pesanan ucapan majlis atau perayaan dengan pesanan keselamata­n jalan raya.

“Sebagai organisasi akademik, segala hasil

Safe Kids Malaysia UPM sebar maklumat

keselamata­n secara berkesan

 ??  ?? DR KULANTHAYA­N ketika memenangi Anugerah Kecemerlan­gan Komunikasi Peringkat Antarabang­sa di Amerika Syarikat, baru-baru ini.
DR KULANTHAYA­N ketika memenangi Anugerah Kecemerlan­gan Komunikasi Peringkat Antarabang­sa di Amerika Syarikat, baru-baru ini.
 ??  ?? PELAJAR sekolah rendah membaca ikrar keselamata­n.
PELAJAR sekolah rendah membaca ikrar keselamata­n.
 ??  ?? DR Kulanthaya­n bergambar kenangan bersama pelajar.
DR Kulanthaya­n bergambar kenangan bersama pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia