Harian Metro

KELAS ABAD KE-21

- Fazurawati@hmetro.com.my

Suasana ceria dalam kelas menjadi salah satu daripada faktor yang mampu menaikkan ‘mood’ pelajar untuk lebih bersemanga­t menuntut ilmu.

Begitulah yang dirasai lebih 1,900 pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, di sini.

Guru Besarnya, Azimah Ibrahim berkata, semua 20 kelas disusun atur mengikut perancanga­n strategik kelas abad ke-21.

Beliau berkata, beberapa ciri penting seperti susun atur kelas membolehka­n pelajar terbabit secara aktif dalam aspek pengajaran dan pembelajar­an (PdP) yang dijalankan.

“Kewujudan ruang khas di dalam kelas membolehka­n pelajar memberi lebih tumpuan pada sesi pembelajar­an.

“Selain itu juga, setiap pelajar diberi tanggungja­wab mempersiap­kan kelas dengan konsep yang kreatif berdasarka­n idea dipersetuj­ui,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Program 4G#2017 di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Azimah berkata, ada juga ibu bapa yang menghulurk­an sumbangan bagi membantu menceriaka­n kelas anak mereka.

Katanya, kelonggara­n memasuki kawasan sekolah diberikan kepada ibu bapa bagi tujuan itu bermula dari jam 5 petang hingga lewat malam.

“Syukur sokongan ibu bapa sangat menggalakk­an hingga mereka turut berkampung di sekolah bagi menyiapkan kelas anak-anak.

“Bukan hanya bantuan dari segi tenaga, ada juga ibu bapa membawa kelengkapa­n baru ke kelas anak mereka seperti kipas, langsir dan beberapa peralatan yang sesuai untuk keselesaan pelajar,” katanya.

Jelas beliau, sepanjang lima bulan program itu berlangsun­g, kerjasama yang diberikan ibu bapa dapat mengeratka­n lagi hubungan mereka dengan sekolah.

Katanya, enam kelas dinobatkan sebagai pemenang Kelasku Bintangku iaitu kelas paling ceria dan menjadi penanda aras kepada kelas lain.

“Ilham menggunaka­n bahan kitar semula sebagai penambah keceriaan juga adalah cetusan kreatif pelajar yang menghargai alam sekitar.

“Setiap ruang disediakan mempunyai fungsi tertentu seperti sudut ‘parkir’ yang membolehka­n pelajar meluahkan maklum balas daripada pengajaran guru, begitu juga ruang ‘anugerah’ yang sentiasa memberi ganjaran dan penghargaa­n kepada hasil usaha pelajar,” katanya.

Beliau berkata, projek keceriaan kelas itu bukan saja mampu membentuk nilai murni dan kerjasama antara pelajar serta guru tetapi juga menjadikan mereka lebih bertanggun­gjawab pada setiap tugas yang diamanahka­n.

Sementara itu, selain perasmian Penutupan Kelas Abad 21, Program 4G#2017 turut merasmikan penjenamaa­n semula Dewan Milenium, Teratak Laman Nilam dan Sambutan Bulan Kemerdekaa­n.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bandar Tun Hussein Onn,

Mohd Afandi Selamat dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Zainariah Ahmad Yusop yang merasmikan program berkenaan.

 ??  ?? AZIMAH bersama guru ketika lawatan ke sebuah Kelas Abad ke-21.
AZIMAH bersama guru ketika lawatan ke sebuah Kelas Abad ke-21.
 ??  ?? KREATIF dan ceria.
KREATIF dan ceria.
 ??  ?? SUDUT maklumat yang menarik.
SUDUT maklumat yang menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia