Harian Metro

Pelajar CEMERLANG

-

Pelajar Kolej Epsom mendapat keputusan cemerlang bagi peperiksaa­n A Level tahun ini

Pelajar tingkatan enam atas Epsom College In Malaysia (ECiM) meletakkan penanda aras tinggi apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n A

Level yang diumumkan, bulan lalu.

Statistik peperiksaa­an itu menunjukka­n pelajar ECiM memperoleh 60 peratus gred A dan 86 peratus gred A dan B.

Kadar kelulusan juga dilaporkan 100 peratus dengan satu pertiga pelajar memperoleh semua A.

Selari dengan keputusan itu, hampir semua pelajar diterima masuk ke universiti Russell Group di United Kingdom (UK) antaranya London School of Economics (LSE), Imperial College, Durham, Edinburg, Warwick dan Exeter.

Kolej Epsom UK berada di tangga ke-51 bagi Senarai Liga Sekolah-Sekolah di UK menurut The Times 2017 dan sekiranya mengikut kriteria sama, ECiM berada di tangga ke-49.

ECiM adalah sekolah asrama dan sekolah harian yang terletak di Bandar Enstek di atas tanah seluas 50 ekar.

 ??  ?? PELAJAR tingkatan enam atas bergambar
kenanganse­lepas menerima keputusan
A Level.
PELAJAR tingkatan enam atas bergambar kenanganse­lepas menerima keputusan A Level.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia